Thursday, 22 December 2016

MRSM dan Sekolah Harian

Assalamualaikum,

Topic hari ni agak serious ya. Memandangkan akhir-akhir tahun ni, students UPSR dan PT3 dah dapat result. Dan masa masa macam ni mereka semua dalam dilemma nak pilih sekolah mana (UPSR) dan untuk PT3, nak stay atau nak apply sekolah berasrama penuh. Kan ? Kadang kadang seminggu kita  susah hati sebab fikir Pros and Cons between sekolah harian biasa atau sekolah berasrama penuh. 

So, post kali ni, aku nak discuss pasal 'nak apply asrama ke tak?' atau pun 'which one is better ?' . Based on pengalaman dan more less pengetahuan aku lah. Mana mana bahagian yang tak tepat tu, harap diampun. Hoho.

 
Obviously, MRSM and SBP are the best choice for you (I'd say). Especially kalau korang ada matlamat untuk 10 years forward kan. Dah ada hala tuju. 

KENAPA ?

Sebab, berdasarkan ciri ciri yang ada pada MRSM ni  sangat helping korang untuk study and have a good achievements. Dan MRSM memang dikhaskan untuk students yang pandai. So, korang memang akan sentiasa berada dalam environment yang dikelilingi dengan orang yang pandai. So, semangat nak study tu lain. 

Let's go into details. 

MRSM ialah sekolah berasrama penuh yang dikhaskan untuk bumiputera yang mempunyai pencapaian UPSR (Kemasukan Tingkatan 1) dan PT3 (Kemasukan Tingkatan 4) yang cemerlang,  ia dibina under MARA atau Majlis Amanah Rakyat. 


Sistem Pendidikan MRSM ni memang berbeza sebabnya, MRSM bukan under Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Jadi banyak program ditawarkan untuk students antaranya IGCSE, MYP, TEKNIKAL DAN ULUL ALBAB. Ha, dan ada jugak program program dalaman lain yang disediakan oleh pihak MRSM.


 Semua ni untuk pastikan semua pelajar dapat balance between study, koko dan life. Andd, student MRSM especially IGCSE ada chance untuk study overseas kalau result gempak. Kira dorang ni dah dapat ticket untuk study luar negara la. Just tunggu result SPM macam mana je.

Okay, tu sedikit sebanyak yang aku dapat explain tentang MRSM. Aku bukan student MRSM jadi, aku tak tahu too detail pasal MRSM. Apa yang aku tahu, semua based on research and kawan kawan aku yang study kat MRSM. 

..
 


Sebabkan aku bukan pegawai pendidikan yang tahu selok belok pendidikan, jadi aku tak berani nak teruskan cakap pasal fakta yang aku sendiri tak sure betul ke tak. 

SO, 

Aku boleh bagi motivation untuk korang. Bagi sesiapa yang fikir ' duduk asrama nanti jauh dari mak ayah. Susah.'

Ya. Duduk asrama memang jauh dari mak ayah. Tapi, tak susah. Malah dapat ubah diri korang jadi a new person. Dah 12 tahun atau 16 tahun korang duduk dengan parents, ni la masanya untuk korang try suasana yang baru. Jyeahh! Kat asrama, korang akan belajar banyak benda dari orang orang sekeliling. Yang baik boleh jadikan contoh, yang tak baik jadikan pengajaran. 

Kawan kawan aku yang duduk asrama semua bagi feedback yang positive. Antaranya, kawan aku yang baru masuk asrama this year. Katanya, cara  study dekat asrama memang lain ! 

1. Aura dia bila semua orang study, takkan kita dengan senang hati nak landing atas katil je kan. Tidoq je. Of course kita akan bangun dan sertai group disscussion yang kadang kadang gossip dulu lepastu baru study. Hahaah.. 

Bila kat rumah, tak ada siapa yang bagi semangat kat kita untuk belajar. Setakat ibu suruh belajar "Sudin!! Belajar Sudin!! Esok dah SPM " korang boleh relax lagi " Okay, bu!!!!". End up, tidur sebab tak dapat jawab soalan matematik. Kat rumah juga, tak dapat nak discuss or tanya cikgu. Peluang tu cuma ada time sekolah je. Bila mana korang kat rumah, buku dan youtube la rujukan yang sejati. (Kalau rajin la.....) 


2. Schedule asrama ni memang pack dan everything is on timing. Tapi... Schedule yang pack tu la ajar korang untuk disiplin dan tepati masa. Supaya, tak ada sikit pun masa yang wasted mcm tu je.. Mula mula memang la tak boleh adapt, tapi lama kelamaan korang memang dah immune dgn schedule asrama. Time belajar, time makan, time tidur, solat, rest. All your routines are organized well. 

Kat rumah ? 
Hahaha.. 

Ada routine schedule pun, belum tentu korang akan ikut! Kejap kejap mak ajak pergi pasar. Kejap kejap kawan ajak keluar. Ada sinetron favourite. Tengah study tetiba rasa nak makan, nak mandi kejap. Dan akan ada hari korang akan cakap 

"Okay. Hari ini hari untuk aku rest satu hari. Setelah seminggu berhempas pulas study. Main game. Sehari jeee"

Esoknya,

"Eh, game semalam paused kejap la. Tak sempat nak lawan. Sambung balik la, baru study" 

Lusa,
Dan hari hari selepas itu.....

 

3. Kalau korang pandai, korang layak duduk dekat environment yang mana semua student sama level dgn korang. Less distraction, semua berfikiran matang. 

Yeke matang ? 

Memang well educated students pun ada yang gurau, macam budak budak, couple semua. Teen life kan. Semua sama, kita manusia en en .. Somehow.. Cara orang yang well educated bergurau  dengan cara students yang biasa biasa bergurau. Obviously tak sama. 

Apa yang membezakan ? 

Thinking. Level pemikiran dorang fikir tak sama dengan level pemikiran students biasa. 

Asal pulak ?

Ye la. Dorang dah adapt dengan cara pemikiran yang matang, asyik fikir pasal solving problem addmaths hahaha. Of course, bergurau pun benda yang logic dan masuk akal. Semua tu macam benefits untuk students pandai dan especially berada di tempat yang betul. 


 

4. Okay. Pembelajaran. More less kita belajar syllabus yang sama. Tapi, cara cikgu yang mengajar tu berbeza. Dekat MRSM or asrama penuh,  semua cikgu yang power. Full dengan strategies. Ajar kejap je dah faham konsep, bagi latihan latihan yang power tahap KBAT. Kalau sekolah biasa, cikgu ajar then the rest kena buat latihan sendiri. Logically, cikgu mana la sempat nak cover semua bab and nak focus KBAT lagi...

 Kalau dekat asrama, korang boleh dapatkan cikgu bila bila je, untuk tanya soalan. Kawan aku pernah bagitahu aku, bilik guru asrama tak sama macam bilik guru sekolah harian. Setiap hari bilik guru penuh dengan student yang nak tanya soalan. Kalau bilik guru sekolah aku pulak, pelajar dilarang masuk kecuali dgn izin guru. Hahahahah. How funny is that, bila fikir fikir balik la... Hoho. 

5. Kalau asrama penuh or MRSM, korang dapat banyak chances untuk showing up your talents dalam semua bidang. And kalau government atau mara anjurkan scholarships or event apa apa, you guys will be the first choice. Tambah tambah kalau result korang memang gempak, hmmm jangan cakap la, semua scholarships swasta or under kerajaan datang bagi tawaran. 

 
Okay we jump to the conclusion. 

It's more beneficial for you to choose best of the best. Sebab the best school brings more chances and opportunity which is good for your future. 

Somehow, bagi sesiapa yang tak dapat result UPSR or PT3  yang excellent. Haa, jangan risau. There's still a chance for you to prove that you can be a good student as same as them. Cuma korang kena usaha lebih. There's no shortcut to success. Jadikan kegagalan ni pembakar semangat untuk do better. 

Sebab hakak (ehem ehem) pun sama, kita sama sama gagal. Tapi, kita ada satu lagi peluang untuk buktikan, walaupun kita ni student sekolah harian biasa tapi kita boleh buat yang terbaik!! 

You. Have. To. Push. Yourself. Harder. And. Harder. 


Macam hakak ehem ehem ni, time UPSR I failed to archive my dream. Walaupun dapat straight A's tapi tak dapat masuk asrama. It was very very very frustrating and it takes years to move on. Dalam tempoh tu, I keep on motivating myself. "I HAVE TO WORK HARDER" " I HAVE TO BE WHAT I WANT, TAK KISAH LA HOW MUCH PAIN I HAVE TO GO THROUGH" . And Alhamdulillah, first step dah berjaya, dapatkan Science stream. One more step to go. Jyeahh!!

 






1 comment:

  1. akak ur blog is great, im taking pt3 this year so im confusing that i need to stay at my school which is harian or to go boarding school. i hope u can help me.

    ReplyDelete