Sunday, 4 September 2016

Landasan Agama Allah

Assalamualaikum,


Hati ni, dah lama jauh dari hati Allah.

Hakikatnya..


Beriman tak sampai berapa lama, bila datangnya benda yang menghasut. Mula lah lupa makna bertakwa. Istiqamah apa semua. 


Hati ni ibu kepada segala racun. Hati ni jugak yang menghancurkan tembok maruah sebagai perempuan Islam. Tak lupa, yang menghalalkan benda yang haram pakai hukum hati sendiri. 


Aku pernah, nak istiqamah jadi baik luar dalam. Nak elak daripada benda tu, nak elak daripada benda ni. Tapi, akhirnya aku buat jugak. Istilah istiqamah tu hilang lesap macam tu ja. 


Entah apa la masalah syaiton nirajim ni. Aihh. 


Beribadat pun, hanya anggota badan yang bergerak. Hati entah fikir sampai mana. Tak pernah nak terkesan dengan nasihat tentang agama, ayat al quran. 


Hati aku hampir keras. Asyik fikir pasal dunia. 


Betul kata orang.


Keadaan kita.

Kawan kita.

Keluarga kita.

Semua tu yang mempengaruhi iman kita.


Kita takkan boleh berdiri tanpa ada yang papah.


Baik seorang kawan tu, maka baik lah kita. Buruknya seorang kawan tu, maka buruk lah kita.


Nak tahu kenapa ? 


Cuba eksperiment ni. 


Pergi dekat kumpulan kaki gossip, borak dengan dorang sampai seminggu. Tengok apa perubahan kita.


Kemudian, pergi dekat kumpulan usrah, borak dengan dorang sampai seminggu. Tengok apa perubahan kita. 


Macam mana sekalipun.


Allah ni, yang paling perihatin daripada segalanya. 

Allah yang pertama boleh kesan perubahan kita.

Allah paling take care pasal kita. 

Sayangnya kat kita, sampaikan berkali kali kita berpaling dari agamaNya, tapi berkali kali juga dia tarik kita supaya kembali ke jalan y betul.


Dia tahu, kita dah jauh sangat. Asyik ingat dunia. Buat semua tak khusyuk, ahh kira hati dah tak ada dalam agama. Masa tu, Allah hadirkan seseorang, sekejap je, tak lama. Sekadar untuk menyentuh hati kita. Tapi kesannya, sangat dalam.


Tu maknanya, hidayah Allah ni, keliling kita. Sentiasa Allah. Ibaratkan, Allah bukan perhati kita dari langit, tapi macam kat sebelah. Dekat sangat. 


Cuma, penerimaan hati tu masalah



No comments:

Post a Comment