Sunday, 28 August 2016

4th challange : Things I miss

Assalamualaikum,

Okay ni topic setelah aku tak tahu nak tulis apo. Lama jugak aku bertapa, termenung fikir apa aku nak tulis. Dah ada topic, idea pula kering. Masalah blogger.. Aku search google semua jawapan macam hampeh " Things boyfriend does to you" " Who is my boyfriend" " song that remind you to your boyfriend" 

APAKAH.

First time Mr. Google tak berguna ehee. Kalau hampa semua ada idea apa yang aku patut tulis, sila lah bagi tahu saya ya. 

Okay, masa kanak kanak dulu, banyak sangat benda kita buat kan ? Paling kerap ialah pecahkan gelas mak, lepastu lari keluar rumah sebab takut kena marah. Semua benda nakal nakal kita buat.

Perkara paling nakal aku pernah  buat ialah aku naik bukit dengan abang angkat aku tak bagitahu mak aku hahah. Masa tu aku enam tahun. Bnda tu paling WIN la hahah. 

Kat kawasan rumah aku dulu, asalnya kawasan bukit. Dalam bukit tu ada Istana Raja Bersiung yang dah lama tak guna. Lama, berapa ratus tahun dah. Lepastu kawasan tu ditarah sbb nak buat rumah. Tapi masih ada la bukit, sungai apa semua.

So banyak la benda nakal yang aku boleh buat hahaha.

Dulu, aku tak kawan dengan perempuan tau HAHAHA, izzati kecik kecik dulu batak gila. Nak kawan dengan perempuan, kena yang lagi tua drpd aku. Lepas tu taknak pakai skrit. Mak aku beli skirt kat aku, aku nangis gila gila sebab taknak pakai. Fuh *pick nose*

Benda yang paling aku rindu nak buat ialah keluar main dengan abang angkat aku. Hahaha.. Banyak gila benda aku buat dengan dia lepastu kengkawan dia masa aku dalam lingkungan 5-7 tahun. Aku memang paling rapat dengan dia la, kalau dalam seminggu macam tu, 5 hari aku p rumah dia, lepak apa semua dengan keluarga dia. Keluarga dia dengan keluarga aku rapat sebelum aku lahir lagi. So tu lah. Kalau lepak, mama selalu hidangkan donut, karipap, kuih apa semua, aku dengan bangkat aku dah makan kenyang2, terus kami lesap...

Kami pernah kutip duit raya dalam hijan naik basikal. Mula mula tu en, steady je kutip duit raya satu taman. Jenis datang masuk rumah, ambil satu kuih minum air, tunggu duit, pastu blah. Dia bawak aku naik basikal, masa 5 tahun apa la sangat aku reti ?.. Selain crusing kat salah seorang kawan dia.. HAHAHA ops.Tetiba hujan turun lebat gila, tapi semua berkeras taknak balik. Jadi sama sama lah kita main lopak air ye. 

Tempat kami selalu lepak, kat bangunan kosong depan rumah dia. Ade lah benda kami main, kalau dia takde kawan masa tu, aku ajak dia main masak masak. Aku ada beli pisau lipat, lepas tu dalam bangunan tu kami buat macam rumah la, ada satu bahagian tu jadi dapur, lepas tu celling rumah yang kat bumbung tu kan, kami patahkan letak atas batu lepas tu nyalakan api, aku pun potong la sayur, goreng atas tu.. Emmmm, sedap. 

Lagi satu, belakang taman tu ada sungai, sungai tu kat bawahh, jadi ada la macam dusun apa semua. Mak aku mmg melarang keras aku p situ. Tapi ada satu hari tu banjir, lepas tu dia ajak aku p main air banjir kat situ. Hahaha, paling best en, naik basikal, lepas tu pecut lalu kat air, AIR PUN MERCIK. fuh macam drift dah. Lagi best kalau kena kawan.   

Dulu, ramai kawan dia y aku crush on hahahhaa, mana ada kawan dia budak budak, semua masa tu darjah 5 la, darjah 4 la.Aku sorang je 6 tahun hahaha lol. Ada satu hari tu, kawan dia yang paling handsome tu turun main sekali, kebetulan dia ajak aku. Aduhh. Malu gila aku nak keluar. Kalau aku jatuh ke apa malu la dia tengok. Tapi aku berkeras jugak, aku wajib keluar. Dah tu aku pun fikir la, aku nak pakai baju apa, tee shirt buruk sangat. Dann, aku teringat ada gaun purple mak aku bagi, aku tak pernah pakai lagi. So aku excited la pakai. Sekali, dorang ajak aku main lompat basikal. Apak ah. Hahahhahaah. Tau tak lompat basikal ? Yang terbalikkan basikal tu lepas tu main lompat2, tak pun main pusing rantai dia buat cendol. Jadi, aku pun terpaksa la lompat sambil kepit kepit ayu. Fuh, mencabar, mesti muka aku cem monster masa tu. 

Ha, tak pun. Aku selalu pegi rumah dia tengok DVD lepas tu main game kereta. Aku ingat lagi, aku memang fail main game kereta masa tu, PS2. Berapa kali kena ajar pun tak reti lagi. Kalau aku drive, nak pusing stereng sikit je. SIKIT JE. Tapi dia punya pusing tu, kiri kanan divider aku langgar. Stress. Lagi lagi kalau main game perang. Hahahhaha, game start 2 saat aku dah mati. 

Lepas tu, aku pernah panjat pokok. Pokok apa entah kat belakang rumah dia. Tapi kalau kat rumah aku, aku selalu panjat pokok jambu. Acah acah hking, lepas tu lompat dari atas. 

Kitaorang pernah masuk longkang sebab nak cari ikan. 

Pernah main perang perang dalam sawah, semua berguling dalam jerami. Aduhh.. Hahahaha

Paling banyak main game, kalau ramai orang nak join. Ramai ramai main tuju kasut. Kalau main benda tu, dan nasib aku malang. Aku akan kena shoot daripd lelaki dengan balingan yang kuat, dan kasut tu seberat 1kg diperbuat dari getah pure, dan tepat mengenai belakang aku. Fuhhhh, sakit weh T.T 
bila dah kena tu, rasa macam nak melompat sampai langit ke tujuh. 

Izzati tak main barbie ya dulu . Hiks. 

*****

Tapi bila dah besar, makin renggang la, dengan sekolah lagi. Tambah tambah sekarang ni, semua dah habis SPM tak tahu p mana dah. Aku je yang masih sesat tak lepas SPM lagi. Hmm... Rindu zaman tak belajar Kimia, duduk rumah keje pecahkan gelas, kira maths 1+ 2 = 12, minum air paip masa puasa, kayuh basikal lepas tangan dan dikira sebagai hero tapi tak sampai 20 saat basikal jatuh. 

Dulu, everything is possible. 
Sekarang, apa je aku boleh buat ? 

No comments:

Post a Comment