Thursday, 7 July 2016

Selamat Hari Raya 2016

Salam  Aidilfitri !! 

First of all, aku mohon maaf kepada semua atas kesalahan kesalahan aku yang bertimbun timbun ini. Biasalah, saya juga makhluk hidup yang sering melakukan kesalahan atas muka bumi Allah ni. Jadi, ne tau la kan, ada tergedik terlebih dalam penulisan ni HAKHAK.. Gedik tu kan penambah perasa..

Memandangkan hari ni raya yang kedua dan aku dah separuh hari mereput kat rumah ni, tak tahu nak buat apo. Orang lain rayo makan sodap sodap, aku ni ha, makan hati je mampu. Baju raya pun tara bule pakai. Sobss sobss

Jadi untuk menaikkan feel hari raya aku yang FA ni, moh le kita bagi gambau gambau semalam. jom cikidaut.


Mat Ayi Ayee . Ha, ini lah destinasi aku utk Raya Pertama ni. Class uolls Raya Pertama pergi Bukit Tinggi. ha, lemang ketupat nasi himpit tak himpit semua dalam mimpi je lah ye anak anak.


Sebelum tunjuk gambar raya, ni mak dengan ayah aku. Kalau aku belum pernah introduce la kan.. Dulu, ramai orang cakap aku ni cucu Abdullah. hahaha.. Habis tu takkan la ayah aku nama dia Abdullah bin Abdullah.. Agak aa. Aku anak bongsu, that's why....... 

So, tahun ni kitaorg berpakat semua nak bawa mak dgn ayah aku raya kat sini. Sebab selalunya, malam sebelum raaya je mak aku dah macam Jakie Chan bersilat kat dapur nak masak macam macam. Pastu mula la, pagi raya je masing masing muka macam zombie, eyebag besar nau. So, bagi lah chance dorang rehat tahun ni. Lagipun semua adik beradik yang lain beraya kat rumah mak mertua.. aku je belum raya kat rumah mak mertua ........ ._. 


Tapi tu lah, raya macam tak raya. 


Port Dickson. Kat sini memang dia ada model kalau in case tourist datang nak bergambar dengan contoh masyarakat melayu kan, ha dia lah contoh yang paling sesuai. Datang sini boleh amik gambar free. Tapi model nya tu tak boleh bawa balik lah. Priceless tuu..



Yang tengah tu, ahli dari Kumpulan Nasyid Maimunah.. Datang sini kebetulan tengah bergambar, tu pasal ajak dia join sekali. Tapi tu lah... rasa macam nak crop je. Hashtag, aura polis ada lagi kat muka abah hahaha... 




Apo layii.. Family picture, time for self picture pulak lah. Lighting bilik ni Subahanallah cantik weh T.T nangis aku tengok semua selfie aku tu, pengcahayaan yang sungguh indah.....






Baru lepas mohon maaf yang betul betul maaf sebab semalam aku polish kuku mak aku, tapi malang sseribu kali malang aku tak sedar kuku dia dah nipis sampai nampak isi T.T ini kes lagi bersalah daripada mencuri tau tak. Niat cek cuma nak bahagiakan makk dengan kuku rayaaaa T.T



Lepas bersalam salaman, ke Bukit Tinggi lah kito ! Ni baru Raya... dengan baju kurung kain batik yang sempit macam hapa, dengan heels, aku kena daki bukit sebegini. Fuhh begitu extreme ya raya kali ini. Tengok tudung dah semakin bulat, muka lempeng izzati terserlah. 




Mata penat takleh blah >< HAHAHAHAHA, ni kalau nampak bantal ni terus lena 1000 tahun. 


Japanese Tea Garden. 


Ni kalau buat bunga tangan time wedding ni confirm, meletup letup uolls.






Sini lah tempat yang aku tunggggggguuuuu dari dulu lagi. So Fairy Tale , so kawaiii. Boleh la aku batak menjadi Cinderella hilang kasut dan Prince from France datang naik kuda hahaha.. But serious it's extremely BEAUTIFUL. Subahanallah....


Ya Rabbi, aku sabar je la dengan dia ni. 

The End of the First.. Takde raya sana sini, makan tu makan ni. Hmm, izzati redha. 


Anyway,

!! SELAMAT HARI RAYA !! 


No comments:

Post a Comment