Sunday, 17 July 2016

Macam mana aku boleh dapat seru nak blogging ?

Assalamualaikum,

Setelah menimbang nimbang tajuk apakah yang aku nak sembang hari ini. Akhirnya aku decide nak lempar balik (throwback) masa first time aku buat blog.. Dan macam mana aku boleh terdetik nak buat blog. Come on la kan, zaman sekarang orang main youtube la, record vid sana, record vid sini. Tapi tu lah, bagi aku penulisan ni, ada nilai dia tersendiri. Same like diary cuma this is an online diary. Dan of course, video juga ada value dia, dan aku pun buat video jugak, tapi untuk bagi korang tengok memang tak ah. Aku sorang je boleh tengok muehehehehe..


Pertama kali aku buat blog, iaitu masa tahun pertama aku sampai KL. Form 2. Ketika itu, fuhhh tough gila aku nak create satu blog untuk seorang izzati pun. Rasanya lebih kurang tiga kali aku cuba buat blog, tapi failed sebab aku tak dapat memahami kehendak blog ni. Adalah macam macam procedure dia, dan memang take time sangat sangat sebab banyak benda yang korang perlu tahu, celah mana nak edit template , celah mana nak tukar background, celah mana nak public or private blog korang. Ha, banyak tu.

This is when I  was 14 hahaha. OMG.
YA ALLAH.. aku ke ni ? *garu dahi*

Okay time ni ciwi sebab baru dapat handphone pakai duit sendiri. My 2014 is everything to me. This is the starting point of my teenage life yang sememangnya lain daripada korang. InsyaAllah ada masa aku tulis pasal 2014 yang aku cakap everything tuh *flip scarf* .

Apa tujuan aku buat blog ?


Hmm, pemikiran kita semua sama je, basically. Aku create blog dengan niat nak famous hakhakhak. Okay tu mungkin 10% je, tapi actually banyak faktor, antaranya aku terpengaruh dengan Fatin Liyana, yang kedua aku rasa macam nak mempunyai 'the other life' selain reality. Too many reasons.

Tapi, lama kelamaan, semua sebab sebab tu hilang, nak famous pun dah terbang ke langit ketujuh, sebab nak jadi public figure ni bukan senang, nak naikkan traffic pun bukan senang, orang takkan baca entry yang takde faedah macam entry aku ni.

Kalau nak cepat famous, entry kena mantap, tarik perhatian pembaca, tajuk kena gempak, content perlu menarik, takde la hambar je.. Dan semua tu take time... takde maknanya baru sebulan buat blog tetiba dah famous kalah Aaron Aziz, unless korang buat hal macam kutuk Malaysia ke hapa.




So, aku decide, tak payah la nak famous famous sangat. Yang penting buat benda yang aku suka, yang melambangkan diri aku, jadi diri sendiri, tulis semuanya dari hati . Tak perlu jadi hipokrit semata mata nak dapat attention. If they like you, they will come. If not, it's okay.

Walaupun tulis pasal personal entry, sangat tak naikkan traffic blog, tapi aku buat juga. Yang penting, itu yang aku nak luahkan. Aku tak suka nak buat entry, kena rujuk banyak sumber, padahal aku memang tak arif dalam bidang tu. End up semuanya tak betul. Untung bagi siapa yang ada kepakaran, yang tak ada, tak payah memandai.


Nama blog aku memang macam macam sangat.... pelik pelik hado, gedik gedik pun hado. Aku mula dengan 'steponstones.blogspot' . that's why nama email aku ' izzatiabdullahstep@gmail.com' ..

Content blog aku pun macam macam, dari sedih ke gembira, dari gedik ke serius. Aku tak suka bila walaupun aku tengah sedih tapi aku control semata mata nak bagi entry aku nampak relax dan tak jiwa kacau. Aku memang tak boleh control perasaan aku. Aku tahu sebenarnya takde orang baca, tapi aku relax je, sebab aku tak kejar traffic. Somehow, kalau korang post semata mata nak dapat traffic, lama lama korang akan boring dan kecewa menanti rating.


Pasal TRAFFIC. Aku tak pernah buat post tentang menaikkan traffic. Kan ada satu post yang kalau kita letak link nama kita kat situ, ramai orang akan follow kita kan.. Ha bende tu la yang popular di kalangan blogger .. Masa mula mula buat blog, aku ada plan. Aku akan focus on personal entry selama 3 or 4 tahun tanpa promote blog aku, maknanya orang nak baca, baca je. Aku takde la pegi jaja suruh baca blog aku gituu..And next year 5th and above, baru aku bersedia nak post entry pasal TIPS, HOW TO, TUTORIALS, dan apa aapa yang aku mahir. And time tu baru aku slow slow nak tarik audience.

SXT20071022

Bernas tak ? ihiks.

Hmmm.. Apa lagi ?

Mungkin perasaan aku blogging ?

Ada kawan kawan tanya aku, yang rapat jelah. Best tak blogging ?


To be frank, it depends on individual. If korang ni jenis yang suka menulis, suka typing, ada passion dalam penulisan, sentiasa ada idea. So, it would be fun. Dan consistent tu comes from your passion. Sebab korang akan sentiasa rindu nak luahkan perasaan dalam blog, berceloteh. Tapi kalau korang jenis yang sebaliknya, mungkin hangat hangat taik ayam je lah. Yang penting niat blog tu untuk apa, kalau untuk rating, hmmm susah sikit. Semua blogger, aku percaya dorang start daripada bawah, baru famous  dan berjaya.

 But for the beginners, memang susah sikit nak berblog sampai kadang kadang korang rasa macam nak lempar je laptop dari tingkat 10. Hadap laptop lama kemain, tapi benda yang dicari tak jumpa pun - CONTOHNYA BILA NAK EDIT TEMPLATE. MASYAALLAH... aku sabar je. Tapi try step by step.

Contohnya, bulan ni, focus kat editing dulu. Tak cukup sebulan, ha amik dua bulan. Then next 6 months or one year, focus on entry. Cuba cari chemistry dengan audience, apa yang dorang nak, in case kalau blog korang more to TIPS OR TREND. Then, traffic...

blog 4 A few of my favourite things...


Ha, kan izzati dah bagi tips. Hak hak hak. Actually aku nak cerita je, tapi takpelah. Amik lah semua. Ini pendapat aku la, aku pun baru masuk tahun ketiga and still belajar blogging lagi. Lain orang lain pendapat kann... And, in case ada apa apa, tanya je. Iolls tak makan orang.

Happy Weekend !

No comments:

Post a Comment