Monday, 6 June 2016

Salam Ramadhan 2016

Assalamualaikum girlss,

Malam ni dah masuk bulan Ramadhan. Maka..... Berpuasa lah kita. Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur untuk merasai bulan Ramadhan, bulan kerahmatan Allah. Walaupun manusia ni kadang kadang banyak buat salah, tapi aku yakin semua menanti nantikan bulan Ramadhan.

Aku ingat lagi.. Selama aku kat sini, puasa aku tunggang langgang 😂 Ok la aku bagitahu, once kau keluar dari zon jagaan ibumu. Automatic makan minum kau tak menentu. Kadang kadang makan apa yang sempat, kadang kadang makan masakan yang tak sama rasa dengan masakan ibu, kadang kadang makanan semalam terpaksa panaskan sebab tak larat nak masak.

Tu semua aku consider tunggang langgang la. Tapi alhamdulillah aku boleh survive.

Jadi... Kepada semua yang kenal aku, aku minta maaf sekiranya aku ada salah dengan korang semua .. Aku menyesal ah weiii 😭 Aku harap dengan kemaafan korang, aku boleh dapat pahala puasa yang barakah.. Tu haaa.. Perangai perangai aku yang kadang kadang macam mak lampir la macam mrs.arrogant la .. Senanya, aku bukan sombong pun .. *wink wink* percayalaaaa. Aku cuma ikut rentak korang, korang sombong maka sombong la aku, lagipun tu kan boleh jadi defender untuk kita.

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak 

No comments:

Post a Comment