Monday, 28 March 2016

Paulina Grabwoska

Assalamualaikum,

Can I speak english ? Ouh whatsss ? Ouhh sorry sorry I don't understand you well, miss.

Alah, aku cakap melayu je lah. aku bukan pandai speaking pun, nanti aku speaking habis satu alam ni kecam saya ;(

lagipun, aku cakap dengan hampa ja. Sila lah melayu melayukan diri anda ya.

Okay, nampaknya entri ini mendahului entri introduction.. Jadi, kalau nak tahu asal usul ni, sila rujuk entri introducton.

Paulina, if you're reading this. I know you won't understand but trust me I only talk the good side of you ..

hahahaha ..

Okay jadi, Paulina ni merupakan penpal pertama yang aku jumpa dan aku dah berkawan dengan dia selama setahun..

HAPPY ONE YEAR FRIENDSHIP PRETTY !! ;D

Tu lah aku pun tak percaya yang friendship ni bertahan selama setahun.. Selalunya, mungkin dua tiga bulan dan mesti salah sorang tu akan disappear . Mesti punya!! tapi alhamdulillah kami ok, mungkin ada kepercayaan antara kami, mungkin. Mungkin juga dia selesa dengan aku dan aku pun macam tu. Boleh jadi kami ni banyak persamaan.. Banyak sebabnya..

Antara penpals yang aku ada, aku paling rapat dengan dia. Maksudnya, aku anggap dia one of my bestfriend macam bestfriends yang aku ada kat Malaysia ni.

Honestly, sejak kecik, sebelum aku jumpa Paulina, aku anggap semua orang putih ni tak memahami. Satu, sebab culture lain, depa lebih open minded. Kita sensetive. Dua, sebab berlainan bahasa, jadi susah nak comunicate. Aku agak excited kalau boleh kawan dengan omputih, tapi on the other side, macam haihhh depa ni tak memahami, susah. nanti timbul salah faham..

But no. She's very very nice and understanding, open minded dan dia okay je betulkan english aku.

Apa yang aku dapat lepas aku kawan dengan dia is ..

Kalau kau belajar english dengan orang melayu. Contoh la, tersalah slang kau p eja whether jadi weather. CONFIRM orang akan cakap macam ni.

'' HAHAHAHA ! DAH LAH PEAH, KO TU TAK RETI NAK CAKAP ENGLISH. BUAT JE LAH CARA TAK RETI, TAK PAYAH NAK BAJET KO FLUENT SANGAT. WHETHER DENGAN CUACA PUN TAK RETI BEZAA. HAKKKKTUUIIIHH !''

betul kan ? kan ?

sebaliknya, kalau salah cakap dengan bangsa depa ni.

'' You knows that thing you wearing yesterday morning, on your hair.. what are that thing call ? Sorry for my bad english. you understand ? ''


''Oh yes yes I can understand it well. it's okay, your english is good. that is called flower crown ''

contoh la.
 at least depa tak hina english orang yang tak pandai. uhuks..

okay so, this is Paulina Grabwoska !! taraaaaa

Say hi to Paulina !!
cantik kan dia ? Alhamdulillah, rupa ada, budi perketi pun ada... Lupa pulak I nak cakap, dia ni Polish girl. Aku tak ingat pabenda nama tempat dia, tapi dekat dekat dengan Warsaw la. Time aku kenal dia, baru aku tahu ' oh wujud ke Polang (opss, terkeluar bahaza zizan lak ai><) atas muka bumi ni.. ohhh.. ngak ketahuin sih''

dia pakai jaket merah. 

ni gambar classmates dia, first time aku tengok gambar ni. aku jeles 2 perkara.

satu- apak ! putih gila depa niii... *tengok muka kat cermin* jauh panggang dari api. malah tak nampak bayang api pun..

dua - Apak best lah depa ni main snow......... haih ni jeles ni ..

katanya time ni dia ada shooting untuk drama. aku tak tahu lah dia ni pesakit je penjahat yang jatuh dan tertangkap. opss.
Paulina ni tua 2 tahun dari aku, that means dia sekarang 18 tahun. Tapi depa bukan kira by year pun, depa kira ikut tarikh lahir, so consider 17 lah. Dia masih menuntut kat sekolah yang aku tak reti nak eja nama peliknya. 

snow falls, nampak macam hujan.
 bajet macam aku pernah rasa snow je. puii.. tau tak, bila nak dekat winter, setiap hari aku minta gambar SNOW kat dia. aku rasa lah, dia mesti macam ''BUDAK BERTUAH NI, RIMAS BETUL LA AKU DOK TERKINJA KINJA NAK TENGOK SNOW. AKU SUMBAT DALAM SNOW KARANG HA''

yelah.. kat sini nade snow.. mestila itew excited.




haaa, salji muncul jua..

Aku jugak selalu tanya soklan bodo, '' Paulina, how does the snow feels ? is it like an ice cream ?'' hahahaha, aku rasa dia pun buntu nak jawab soklan kbat aku ni. ahaks.

No comments:

Post a Comment