Tuesday, 29 March 2016

Menghukum - tips


Assalamualaikum, 

Okay, biarkan aku bercakap ayu pada entri kali ini dan biarkan aku bagi contoh yang berjenis ya. Cuba ya, cuba jangan judge aku. ngee..
sangat mendalam bukan maksudnya ?
Aku tak tahu nak mula dari mana.. banyak sangat isu yang berkaitan benda yang yang masyarakat kita sendiri selalu buat, tambah tambah bila wujud laman sosial ni. Aku tak nafikan, kita semua manusia yang cerdik akalnya, kita pun tahu yang menghukum orang tanpa kau tahu sebabnya sama macam menfitnah. Dan menfitnah tu sama macam membunuh. Tapi kita masih buat lagi.

Ya, walaupun kita ni sebaik baik ciptaan Allah, tapi kita juga manusia yang lemah iman- kadang kadang beriman, kadang kadang kurang iman. So, mungkin la kita consider sebagai terlepas cakap, tapi seboleh bolehnya kita control mulut..

Amalan yang kita buat sepanjang hidup kita ni, kita tak tahu sama ada diterima Allah S.W.T atau tak. Apa lah sangat kalau benda yang kita boleh control sendiri macam nafsu (ok aku admit ni mungkin 30% ja ) dan percakapan dan ikhlas. Benda benda ni, kita sendiri tahu nilai apakah dia betul atau salah.

Aku bersyukur sebab takde facebook, insta pun dah takde (mungkinkah akan wujud kembali ? ahahaha ><), twitter takde, wechat takde. Tapi dalam semua yang aku sebut tu, aku rasa facebook yang paling bahaya, yang paling senang nak dapat dosa. Mungkin kita boleh tukar kepada FACEBOOKSA ? 

Masa mula mula penubuhan fb tu boleh kira lagi, semua pengguna pengguna dia jakun, macam beriman, tak reti main fb lagi semua yang ada ' hi selamat datang ke facebook. boleh berkenalan ?' tak pun penuh kat timeline ' hi maaf saya ingin bertanya, macam mana cara nak tukar profile picture '

Tapi sekarang, baru buka dua saat.

''Remaja kena tangkap khalwat'' , ''ibu dera anak''  ah macam macam lagi la. Ye la, kira bagus la berita berita macam ni, tapi macam mana kalau benda tu yang pasal fitnah pastu kita percaya ? Pastu kita pun bersetuju '' Ah betul la dia ni, aku dah agak dia yang curi jala pak seman kat sawah tu, takde penyangak lain selain dia kat kampung ni''



on the other hand, 
aku bukan bercakap sebab aku ni baik sangat, aku tak pernah hukum orang. Malah aku rasa aku pun banyak kali dah hukum orang. Cuma, kita manusia kan, biar sikit, leka dengan dunia Jadi apa salahnya kalau aku tersedar, dan aku sedarkan korang. Mana tahu kut kut dapat hidayah. 

Tak kisah kalau kita tak 100% beriman, wajib beriman. Tapi sekurang kurangnya kita berusaha untuk perbaiki apa yang salah dalam diri kita, at least kita sedang belajar apa yang kita tak tahu tentang Islam. Semuanya perlukan masa untuk berubah, tapi janganla ambil selamanya nak berubah. *take note zati *

Apa kata korang cuba kaedah ni, in case kalau korang baru nak bermula. 

Setiap pagi sebelum buat apa apa, sebelum keluar rumah. Bagi tahu kat diri sendiri.

'' PEAH, KAU INGAT YA. HARINI JANGAN KUTUK ORANG, JANGAN MAKI ORANG.. JANGAN FITNAH ORANG.. NAK BERGURAU BAWA BAWA LAH BERSABAR SIKIT, JANGAN GURAU SAMPAI ORANG TERSENTAP DENGAN KAU'' 

*berdialog dengan cermin ekeke *

Walaupun hari pertama, kau fail. Ada la termaki dua tiga orang budak yang kacau kau. Tapi lama kelamaan, otak kau dah immune dengan arahan tu, so automatic bila nak maki tak jadi.

"EIIII, KAU NI KAN LEHA AKU DAH LAMA USHAAA KAU, EIII KAU NI GAT....... 

(tetiba terlintas ......JANGAN MAKI ORANG RANG RANG RANG *effect gema*) 

KAU NI GATAL LA LEHA. MEH SINI AKU GARUKAN >< ANYONYO, GATAL KAT TANGAN NI YA ?''

ok drama sebabak dah tamat..

Lepas tu, sebelum tidur.. tanya diri lagi, well korang kan suka berangan ihik.

''HARI NI AKU KUTUK SIAPA EH ?''

contoh la terkutuk ali, tertampar Mila, bergurau dengan Leha sampai dia menangis. 

Kalau korang jenis suka minta maaf, then esok tu pergi 0-0 terus lah. 

InsyaAllah. Kalau korang buat ni selalu, lama lama berkurang lah tabiat tu. Ni cuma first step nak berubah.. 







moga moga bermanfaat. daaa~













No comments:

Post a Comment