Monday, 25 January 2016

1st : Introduction

Assalamualaikum,

Hii hii ..

Nama saya Nurul Izzati. Sangat simple nak sebut, saya pernah pertikai beberapa kali kpd parents saya. Kenapa letak nama Izzati ? Kenapa tak letak Syarifah Nur Isabella Aminatul Wardina Dania Umaira ? Kan lebih perempuan dan sedap didengar, nak buat nickname pun senang. Contohnya, Fahtul, Ira, Nia, Inah. Tapi mak saya cakap Izzati kan lebih senang nak ingat, Izzati tu maksudnya mulia. *terus terkunci mulut* Alhamdulillah... Tak apa la, simpan nama tu untuk cucuku nanti.

oh ya, saya juga gunakan nama Suria untuk waktu waktu tertentu. Most of the time dalam blog, dan bila saya berinteraksi dengan crush saya. hahha.. Macam saya cakap, Izzati for reality and Suria for fantasy. Suria juga wujud disebabkan sahabat saya dan ke-desperate-an saya nak ada nick name. Nak harapkan nickname nama sendiri memang tak la. Kecuali, Zetttyy dan Ati --' .

Ati. ya kamu faham kan ?

*fikir benda apa y penting dalam intro *

Saya lahir 13 May 2000. Hampa kira sendiri la umur berapa. Waktu saya kecil dan comel dulu, abang abang and kakak kakak saya selalu cakap ayah saya jumpa saya kat tong sampah.. Perghhh. kalau bisa aku hempuk mereka, dah lama aku lakukan. Cuma sebab saya ni masih kecil dan innocent. Maka saya simpan tangan dan kaki saya daripada beraksi, cuma mulut sibuk mempertahankan diri. Saya faham saya lebih wink wink daripada mereka hahaha.. lol. Sebabnya, bezaa umur saya dengan kakak sebelum saya lebih kurang 10 tahun. That's why depa sakan pekena aku mentang mentang la aku ni tak berdaya untuk melawan. Cet.

Saya lahir kat Kedah. Membesar di Kedah sampai 13 tahun. Tapi, parents saya dari Kelantan. Dan saya sekarang menetap di Klang. Nahh... nak mengaku orang mana ni ?? Series pening kepala, tambah tambah bila bola Selangor lawan Kedah. Delima dengan negeri .

Apa lagi ?

Last, saya memang seorang yang tak boleh hidup tanpa spect. Bukan kerana ikut trend, tapi sebab mata saya lebih memerlukannya berbanding trend. Agak sukar untuk mengaku yang saya ni cacat penglihaatan T.T ( tak cacat T.T cuma Allah tarik nikmat yang satu tu ) Tapi kan ramai yang cakap, orang yang pakai spect ni nampak genius. *wink wink* *flip scarf* .. Saya bukan rabun sejak kecil, tapi saya rabun ketika dalam perjalanan nak membesar, sistem terganggu kat situ kejap. haha..

Okay ini last, betul. Saya bukan seorang peminat k-pop ataupun korean style yang tegar. Ke J-pop pun. Sorry saya tak kuno hokay ! Cuma kurang bahagian hiburan yang begitu.. Pernah saya cuba untuk minat beberapa orang ahli EXO masa 12 tahun. hahahaha. eii, gedik gila seh masa tuuu. cuma nasib baik je tak fanatik. lama lama hilang, daah tak kisah. K-drama saya layan cuma 10% , bergantung kepada jalan cerita la. Tak banyak yang saya suka, tapi kalau tanya saya antaranya- Winter Sonata ( korang kenal ke cerita ni ? ni cerita zaman kakak aku membesar dan aku turut terikut ) , Love Rain ( Ini sebab permulaan cerita dia classic, saya suka heroin tapi hero dia cemm ehem sikit ekeke ), Boys Over Flower ( cerita ni sebab ada sorang ahli group dia yang handsome bhaha.. ala yang pendiam tu ha. muka dia gak sama dengan hero Winter Sonata ), and Faith ( ini sebab Lee Min ho nampak gagah perkasa dan protective gila ! srsly, dengan pedang dia tu. pheww ) ..

(penulis nak menafikan yang dia suka Korea tapi bukti yang kukuh mengatakan sebaliknya. huh. )


Okay la okay saya layan k-drama sikit. sumpah sikit je.. kalau hindustan tu banyak wkwkwkw >< .




No comments:

Post a Comment