Monday, 14 December 2015

Pilihan hidup

Assalamualaikum,

Ada kalanya kita atau aku sendiri kurang sabar dalam pilih pilihan hidup, dalam melakar corak kehidupan, atau dalam putuskan satu keputusan.

Bila kita sebut SABAR. Senang sangat. Sebut s-a-b-a-r . Bila orang tanya maksud sabar pun, mudah untuk kita kata, untuk kita jawab. Sabar itu separuh daripada iman la kan, kau kata.. Tapi untuk BERSABAR... ya Allah susah nau nak BERSABAR.

Dari sekecil kecil benda, sampai sebesar besar benda. Bukan mudah untuk kita bersabar. Yang kau tahu, bila buat, terus nak nampak hasil. Kalau tunggu lama sikit, mengalah. Kata penat lah apalah.

Dia macam ni tau :

Bila kita cipta satu projek, bila kita tahu tempoh  masa dia. Kita akan tunggu, selama mana pun. Asalkan kita tahu kita akan dapat hasil tu. Kita dah jangka.

Kita mudah untuk bersabar bila kita tahu dan pasti tentang sesuatu. ( apa yang aku cakap ni, untuk pilihan dalam hidup. Bukan sabar tunggu queue hahaha)

Tapi kita susah untuk sabar dengan takdir Allah. Sebab kita tak tahu kemungkinan yang akan datang sama ada baik atau buruk. Dan kita tak pasti tentang hikmah sebalik takdir Allah.

Manusia. Hanya akan percaya dengan bukti. Sebenarnya sikap ni tak elok dalam menjalinkan hubungan antara kita dengan Allah. Macam orang kafir pula, tak percaya selagi tiada bukti. Kita pun tahu, segalanya tentang Allah adalah ghaib. Jadi, patuh saja. Pasti ada balasan nanti.

Aku nak cerita satu kisah berdasarkan pengalaman aku, yang bagi aku "betul la, Allah sebaik baik perancang. Dia takkan senang senang bagi kebahagiaan tanpa Dia uji kekuatan kita"

Kisahnya tentang sorang wanita ni, muda  lagi. Satu masa dulu, dia kahwin dengan seorang lelaki kaya. Lelaki tu cukup package, kalau aku nak cakap prince charming pun boleh. Sikap bertanggungjawab, caring dll semua ada pada dia. Cumanya dia dah ada isteri. Wanita ni tak kisah, bukan sebab harta, tapi cinta. mungkin jodoh mereka.
Tapi lepas  setahun usia perkahwinan mereka, lelaki tadi tu meninggal. Tanpa persediaan macam wasiat, pembahagian harta, bla bla bla. Dia tinggal isteri dia dengan seorang anak. Lepas kematian lelaki kaya tadi, wanita ni uruskan segalanya semua termasuk anaknya sendiri. Tambahan pula, madu pertama tu macam eksyen dengan dia. Bergaduh tentang harta lah, tentang kisah lepas lah, 1001 kisah tak puas hati. Terpaksalah wanita ni hidup berdikari besarkan anak tanpa suami disisi, hati dia tertutup sampai lima tahun lepas tu dia jumpa seorang lagi lelaki tak berapa kaya tapi ok la. Sekali lagi dia fikir mungkin ini jodoh dia, dia kawin demi inginkan anak nya berbapa. Tapi tak sampai beberapa bulan, suami baru ceraikan dia. Entah apa sebabnya. Lagi jatuh ditimpa tangga istana, dia mengandung. Dengan anak kecil sorang, anak dalam kandungan sorang. Lagi sekali dia teruskan hidup. Perempuan, tak macam lelaki. Lelaki campak tengah hutan pun berani lagi nak hidup. Tapi wanita ni, dia berjaya hidup macam semangat lelaki. Sedihnya, hanya dia yang tahu. Selepas dua tiga tahun anak keduanya lahir, akhirnya dia jumpa pula dengan lelaki lain. Dia masih yakin, ini jodoh dia sekali lagi. Lelaki ni seribu kali ganda baiknya dari suami kedua tak guna tu. Seribu kali ganda hebat daripada lelaki kedua tak guna tu. Lebih segala galanya termasuk lah kaya.

*

Bila kita ditimpa kesusahan, kita tak tahu apakah kesusahan tu jalan untuk menuju kejayaan atau kegagalan. Kalau kita bangkit dari kesusahan, mungkin kita dapat raih kejayaan. Tapi kalau kita terus meratapi kesusahan, kegagalan lah jawapan yang sesuai.

Kalau lah wanita ni tak bersabar, dia terus putus asa. Tak mahu lagi buka pintu untuk mana mana lelaki. Dia tak akan dapat yang lebih hebat.

Yang lebih hebat tu duduknya di hujung perjalanan. Biar ia berakhir dengan kemanisan setelah banyak pahit ditelan.


Bersabarlah selalu. Setiap pengorbanan (bersabar) kita pasti ada ganjaran.

Aku pun bukan lah seorang yang penyabar. Tapi aku selalu ingatkan diri aku.

" kalau aku sabar, mungkin aku dapat yang lebih elok dari yang sekarang. Kalau aku sabar tak beli iphone sekarang, mungkin aku akan dapat iphone yang lebih hebat dari sekarang."

Bersabarlah. Bersabarlah. Bersabarlah.

Dengan bersabar tu, segala keburukan dapat dielakkan.

Kalau orang gaduh, tapi kau tak masuk campur. Tak lawan balik. Jadi mereka tak ada sebab nak tuduh kau kurang ajar ke hapa . Sebab kau tak bercakap.... inikan berlawan kata. kau makilah dorg dalam hati ahahaah.

Seburuk buruk mana pun ujian yang menimpa kau, yakin satu je. Ini ujian kebahagiaan. Kau akan dapat sesuatu nanti daripada Allah. Tunggu sekejap ja.

Allah is the best planner .
1:50 a.m / 10 DEC

No comments:

Post a Comment