Tuesday, 10 November 2015

SA & NFH Chapter 1

BAB 1

Aku pantas menyelak timbunan kertas yang berselerak di atas meja kerja sebaik sahaja mendengar lagu Fly Me to The Moon daripada Michael Bolton berkumandang . Memang patut kena selak kertas kertas ni sebab meja aku ni dah tak serupa meja kerja

**

Hari ini sehari suntuk aku asyik terperap dalam bilik siapkan lakaran jubah Puan Sarina ini . Pelanggan datang , aku suruh Aina layankan je . Bunyi macam mudah je kan ? Tapi sebenarnya Puan Sarina yang vouge lagi menawan ini nak aku campurkan semua element element yang aku pernah designed kat dia . Bayangkan lah dah lebih 3 tahun aku berkhidmat dengan dia . Menjadi designer kesayangan doctor separuh abad itu . Jenuh nak korek , nak kaji semua design yang aku pernah lakaran untuk dia. Katanya kalau aku boleh tepati cita rasa dia , maka harganya pun akan menjadi tiga kali ganda . Dengan berat hati , aku terima . Sebab aku sayangkan dia macam aku sayang umi . Sebab duit jugak . Hahaha ! Usaha sikit , tapi masyuk banyak .

**

Nombor pejabat , siapa agaknya ? Punat answer ditekan .

"Hello . Salsabella Ariani bercakap . "

"Hello . Cik Ani free hari ini ? " mak kau ! Hantu mana call aku ni ? Sekali lagi skrin telefon aku lihat , nombor pejabat . siapa la yang tak betul panggil aku Cik Ani ? Terasa ringan tangan aku nak hempuk telefon ini . Nama aku punya cantik menarik menawan . Kau panggil aku Ani ? Sabar aje la . Nafas aku tarik dalam dalam .

" maafkan saya . Saya sibuk sekarang . Ada apa ya ? "

Aku sepenuh hati cuba berlembut . Takut takut datuk yang tengah bercakap dengan aku ni . Bukan boleh dijangka . Dah la number office . Tapi datuk mana yang call time lunch ni ? Ke datuk kepada 30 orang cucu ? Ahh ! Biarlah .

" Saya daripada Nik Holdings . Saya mahu berjumpa dengan cik Ani satu jam daripada sekarang di Old Town Alamanda. Boleh Cik Ani ? Okay terima kasih " tuttt.... Aku tercengang .

Ini ke gaya businessman bercakap ? Adab ke laut . Aku belum sempat bagi kata putus dah letak . Macam mana la nak maju business kalau begini . Kena masuk kursus dengan aku la gayanya . Aku basuh kaw kaw. Dah la kat Putrajaya . Ingat dekat sangat dari Shah Alam ? Sah la , ini datuk memang wayar masuk air banjir . Kalau ya pun nak buat temu janji , tak perlu lah macam budak budak ajak jual selipar jepun . Tapi , macam mana pun aku tetap kena pergi walaupun memang aku tak nak hadap datuk gila tu . Buatnya terlepas offer beribu ribu , menangis menyesal nanti aku. Kemas meja sikit sikit dan jom chaw !!

 *** 
Aku melangkah masuk cafe old town . Sudah ! Lunch hour memang selalu sesak dengan orang kerja dan semuanya berpakaian kemeja . Mana nak cari datuk  tu ? Aku langsung tak tahu menahu pasal butiran syarikat itu . Eh bukan ! Aku tahu Nik Holding itu siapa punya. Masakan aku tak tahu kalau dah hari hari masuk surat khabar . Tak lain tak bukan tentang kayu balak lah . Habis diterokainya. Tapi bukan lah yang haram . Masih halalkan toyiba di sisi agama . Aku tak tahu apa hubungan reporter dengan syarikat Nik Holdings . Tapi , semua perkembangan terbaru syarikat itu . Pasti keluar surat khabar. Famous mengalahkan artis lagi . Merajuk makan jeruk la artis artis Malaysia sebab diperanaktirikan oleh pihak akhbar . Sungguh !

Siapa tidak kenal Nik Fakhruddin Nik Fateh , ayah kepada jejaka idaman Malaya yang menjadi rebutan ramai . Nik Fahim Haikal , Nik Firdaus dan anak perempuannya Nik Najjah Suhaila . Cukup ! Kombinasi kuasa empat beranak yang mampu mengegarkan Malaysia . Semua syarikat yang pernah bekerjasama dengan Nik Holdings berpuas hati dengan mereka. Semua. Aku rasa mungkin bila empat kepala sudah bergabung , jadi wayar wayar pun bersambung menghasilkan idea yang bernas . Anak Nik Fakhruddin yang paling kacak ialah Nik Firdaus . Tetapi disebabkan wajah arab bukan citarasa aku . Jadi dengan sepenuh hati aku pilih Nik Fahim Haikal .

Bella ... Bella .. buat perbandingan pun , bukan salah seorang tu jatuh atas riba kau pun. Tunggu sampai janggut tu dah jadi pokok menjalar pun tak akan dapat . Aku baru kumpul nak beli Honda City , si Nik Fahim Haikal tu dah ada sepuluh biji ferrari dah pun. Memang kaya habis ! Iya lah , dia sumber utama untuk kilang kilang lain ambil kayu balak . Tak ke kaya kalau macam tu. Tapi yang membuatkan dia lagi bertambah sayang pada Nik Fahim Haikal ialah 10% setiap keuntungan projek mereka akan disumbangkan pada anak anak yatim seluruh Malaysia .

"Hello ! Hello.... Cik Ani ! " sayup sayup suara itu kedengaran . Dari mana pula suara itu .. Tiba tiba satu hari menjentik pipi aku .

"Ouchh ! Sakit la mangkuk ! " sampai terpejam pejam mata aku bila kena jentik dengan pensel . Gila apa dengki dengan pipi aku , lepas tu nak rosakkan muka aku depan khalayak ramai . Siapa la agaknya yang gedik sangat ni . Aku tak kacau pun hidup dia . Aku rasa tadi aku fikir pasal keluarga Nik je . Tak buat kecoh pun. Aku pusingkan kepala untuk lihat manusia yang suka cari pasal itu. Aku bagi jelingan kaw kaw la . Kalau boleh sampai terbalik anak mata aku . Ehh ? Wait . Lagi sekali aku pusing menghadap lelaki itu. Ehhh Nik Fahim Haikal la !.. jangan cakap doakan aku dah dimakbulkan . Ya Allah . Hamba bersyukur atas rezeki ku hari ini Ya Allah . Balik ni kena sujud syukur . Aku menarik senyuman yang paling manis , nasib baik tak terover make up hari ini . Rambut aku selit di belakang telinga . Serius handsome mamat ni kalau tengok depan mata .. suci , sejuk mata memandang . Kalau nak dibandingkan dengan Nik Firdaus . Aku rasa Nik Firdaus kacak tetapi tiada aura . Jadi aku hanya boleh pandang . Kalau Nik Fahim Haikal , memang kacak habis la memenuhi citarasa aku dan mempunyai aura . Jadi aku akan pandang sambil berperasaan .

"Cik Ani ? "

Hah ?

***

 "Salsabella Ariani Salman Adi . " aku menghulurkan tangan . Sepi . Dia tak nak sambut ke ? Aku menurunkan kembali tangan . Malu tak usah cakap la . Rasa kebas semacam je . Dah la depan Prince Charming .

 "Sorry . Saya tak salam dengan bukan muhrim . " Nik Fahim Haikal berkias . Aku hanya senyum nipis . Tawar . Kalau boleh rasa air tu , agaknya rasa payau tak ? Sebab campur dengan malu aku campur geram .

" Tuan Nik Fahim Haikal Nik Fakhruddin . "

"Jadi, ada apa encik nak jumpa saya ? "

"Tuan . Tuan Nik Fahim Haikal Nik Fakhruddin . " tegas . Mak aih . Kerek gila lah ! Nak tuan tuan bagai . Bukan boleh bawa masuk kubur . Panas semacam je hati aku . Kalau macam ni la gaya Nik Fahim Haikal yang katanya suci bersih baik tu . Aku rasa aku patut tarik poster yang aku tampal kat bilik bagi masuk jamban . Ada baiknya letak gambar monyet daripada letak gambar dia .

"Baiklah Tuan . Tuan ada apa nak bincang dengan saya ? " Aku masih merendahkan ego aku . Setakat sikit sikit ni , aku maki dalam hati je lah . Berdosa pula kalau maki orang. Lagipun aku masih perempuan sejati .

" I said . Tuan Nik Fahim Haikal Nik Fakhruddin ! " suaranya menaik tapi masih terkawal . Aku rasa aku tak perlu nak mempertahankan ego dah ni .

" Fine ! Fahi .. awak bawak nama Tuan tu takkan boleh masuk kubur la . Setakat kat sini je nak bermegah megah . Ada apa sangat dengan gelaran tu . It just a word . Tak usah la kerek sangat Fahi . " ambik kau aku panggil Fahi terus . Silap silap dia buat onar lagi . Aku sebut aje TAHI . Baru rasa nak insaf .

 " Daripada orang tu . Setakat nama je muslimah Salsabella Ariani . Tapi tudung tak pakai . Dengan bukan muhrim pun bersentuhan . Tak ada adab . Nama je Islam . Tapi tak ada gaya Muslimah ." Pedas gila ayat dia ! Cari aku semata mata nak buat dosa ke macam mana ? Daripada elok elok aku tampal gambar dia dalam bilik , nanti kang aku pergi tampal gambar dia kat kubur juga ni . Ingat aku ni jahat sangat sebab tak pakai tudung ?

" mulut kau kan . Memang stok nasi basi la ! Lembik . Berlendir . Kau cari aku semata mata nak cari gaduh ? Dari elok elok aku tak kenal kau , jadi aku kenal kau dengan perangai buruk ya amat .Aku rasa monyet cerdik lagi la dari kau . Blah la " Aku terus bangun hempas kerusi . Berlalu ke kereta . Kalau ikut hati jahat aku , nak aku gunting mulut dia biar lebar sampai tak boleh cakap . Ada mulut , tak reti nak hargai ! Sebal. Kunci Honda City aku selongkar dalam beg . Dah mana pula kunci aku ni ? Nasib baik jumpa . Beg besar macam guni . Tak apa nanti aku shopping lain. Aku terus pandu kereta ke butik . Sebal jumpa hantu raya handsome tadi .

 *** 

Aku masuk butik dengan perasaan marah . Rambut yang mengurai sampai ke pinggang itu sudah pun aku sanggulkan tinggi tinggi . Pening kepala dengan hantu raya mulut celupar tadi . Senang senang je nak bagi ceramah pada aku .

"Cik Salsa . "

"Apa ! "

 aku menjeling Aina . Please la . Jangan kacau aku bila aku tengah angin. Tak pasal pasal ribut butik ni .

" sorry Aina. Saya tak bermaksud nak marah awak . Saya masuk bilik dulu . Leave me alone for a while " aku terus menonong masuk bilik . Aku bukan sentap tentang adab Nik Fahim Haikal yang kurang ajar . Tapi soal teguran nya yang membuatkan aku terguris . Sungguh , aku tak suka bila orang kritik aku tanpa asal usul . Aku bukan macam yang dia fikir . Aku tak sehina itu. Dia tak pernah tahu . Aku tahu batas dalam Islam . Sedar tak sedar . Dah dua jam aku muhasabah diri dalam bilik , sejam itu juga lah air mata aku tak berhenti henti mengalir . Sungguh aku terguris dengan teguran orang asing itu , lelaki idaman aku . Kepala aku sandarkan pada kerusi membelakangi pintu .

"Cik Salsa . Ada orang nak berjumpa " muncul Aina dari luar . Aku mengesat air Mata . Cermin di atas meja aku pandang sekilas . Bengkak ! Ah lantak . Aku capai kaca mata hitam Ray Ban di dalam laci .

"Assalamualaikum . Cik Ani . " Aku mendongak memandang si pemanggil. Hantu raya mulut celupar ni lagi . Nik Fahim Haikal berjalan masuk dan duduk di kerusi hadapan aku . Amboi ? Aku belum pelawa lagi kut .

 "What else ? " Aku perbetulkan duduk ku . Blazer di tubuh aku kebas sedikit . Memang aku akan pakai blazer kalau ke butik . Berdisiplin kata abah . Lagipun , aku bukan tak ada sesiapa yang kenal . Dah banyak pakaian jenama butik aku yang dipasarkan . Tak kan lah bos nak pakai selekeh ya tak ?

 " sunglasses ? " Nik Fahim Haikal tergelak kecil. Dalam office pun nak pakai sunglasses ? Kerek nya

Aku tak puas hati. Suka aku lah nak sunglasses pun . Kau tak tahu mata aku dah sembab macam panda dek menangis . Kau la punca .. gila ! Kalau dia nampak mata aku sekarang ni tengah terbeliak pandang dia . Mesti terus balik  sebab takutkan aku . Hehe !

 " Anyway . Maafkan saya tentang tengah hari tadi . Saya terlancang bercakap dengan awak " dia tunduk . Ikhlaslah dia ? Aku diam memandang dia . Kalau ikhlas , lepas ni dia tak akan buat lagi . Kalau tak ikhlas , mesti lepas ni dia ulang lagi . Aku diam .

Kalau betul dia minta maaf , dia akan cakap lagi sekali . Kita tengok ..

Sementara itu , aku sempat menilik tubuhnya . Hari hari aku tengok dia dalam bilik aku , aku rasa tak ada la sehensem ini . Kebanyakan gambar dia yang aku tampal , gambar dia senyum . Tapi bila aku tengok sekarang pun masih tak kurang kehandsomneman nya . Muka dia flawless lagi daripada dalam gambar . Indahnya kan kalau hari hari aku boleh tatap muka dia dengan jarak macam ni . Dia ni orang apa eh ? Tak ada pula media mana mana sebutkan .

" Saya serious Cik Ani . Saya pun kurang sedar apa yang saya cakapkan tadi. Really .apa yang saya cakap , bukan dari hati saya ."

'cari pasal la kau Fahim ! ' Nik Fahim Haikal sungguh tak sangka apa yang mulut nya katakan . Kalau dia sendiri di tempat Cik Ani , memang makan hati berulam jantung la . Tapi dia betul betul tak sengaja .

 " cakap tak pakai otak itu la pasal. Awak sedar tak apa yang awak cakap itu keterlaluan . Siapa awak nak campur urusan saya . Can't you being a bit profesional ?" Aku bermain main dengan pen . Nak maafkan dia ? Mudah saja . Take me as his girlfriend ! Mampu ? Aku senyum . Aku lah paling bahagia kalau itu yang benar benar terjadi .

" okay . maafkan saya ? " Nik Fahim Haikal separuh merayu.

 "Tak semudah itu " hey ! Asal la kau mahal sangat ni, Bella... maafkan je lah. Nak saja aku cili mulut celupar ni . Kalau dia lari kang kau juga yang menyesal seumur hidup .

Nik Fahim Haikal mengeluh . Kepala perempuan ni cap batu sungai ke ? Mulut pun satu . Kalau marahkan sangat si Maria tu , jangan la sembur kat Cik Ani ni ha . Kesian mata dia dah sembab . Nik Fahim Haikal nampak itu. Pastinya perempuan itu dah lama menangis . Kenapa la dia perlu terlibat dalam perkara yang remeh temeh ini . Sepatutnya bagi pada Daus je handle.

Introducing you guys! NFH !! heks. tak boleh display gambar dia
banyak banyak. nanti jatuh merudum lak saham dia haha.

No comments:

Post a Comment