Tuesday, 24 November 2015

kesedaran

Assalamualaikum,

Aku tak tahu nak mula dari mana, aku bukan lah seorang yang pandai berkata kata. inikan tentang islam.. ilmu aku masih cetek, secetek cetek air yang hampir tersejat. 

bila orang memperburukkan islam, aku rasa sakit hati. tapi aku lagi sakit hati bila aku tak tahu macam mana nak mempertahankan Islam dan betulkan tanggapan mereka. aku tahu mereka salah, aku tahu kebenarannya, tapi kenapa aku tak boleh tegah dengan kata kata ? 


bila ditanya kenapa percaya pada Allah S.W.T , aku baru sedar yang aku ni sebenarnya percaya kewujudan Allah hanya kerana aku ni lahir dalam keluarga yang beragama Islam. dan hasil didikan mak ayah aku yang buatkan aku yakin dengan agama Islam. Tapi aku sendiri tak pernah letak effort untuk pastikan kenapa itu dan kenapa ini dalam islam. malah, tak semua hadis aku tahu, tak semua peristiwa aku tahu. 





macam mana nak tahu kau ni cukup ilmu agama ?

saat orang bukan Islam tanya kenapa Islam itu agama yang sempurna ? baru kita tahu paras mana ilmu agama kita. ya, aku yakin, kau yakin, dan semua Muslim yakin dengan kesempunaan Islam. tapi. kita faham ke apa maksud kesempurnaan dalam ajaran Islam ? mesti kelu lidah tak tahu nak jawab apa pada yang bukan Islam kan ? Allah...





Semua orang tahu hakikat dalam Islam dan hakikat tentang dunia Allah ini. aku percaya, semua orang tahu yang dunia ni hanya sementara. Akhirat ini alam selamanya untuk kita. Dunia hanyalah medan untuk menguji, Muslim yang manakah yang layak diberi penghargaan Syurga. dan yang menilai kejujuran seorang Muslim. tapi apa yang kita lakukan hari ini, menunjukkan yang kita tak faham erti dunia yang sementara tu. tahu tapi tak faham ?



aku homatkan mualaf. aku sanjung mualaf. sebabnya mereka pilih Islam atas kesedaran mereka sendiri. seriap hari mereka mengkaji, mengkaji dan mengkaji semua tentang Islam. mereka cari apa kelebihan Islam, kenapa Islam dikatakan sempurna. mereka jumpa jawapannya, mereka peluk Islam sebab mereka faham.... mereka faham segalanya tentang Islam. memilih agama adalah satu perkara yang paling penting dalam hidup. sebab kehidupan kita perlu penggantungan. kita tak boleh nak percaya yang kita wujud tanpa pencipta. dan pilihan mereka tepat, Islam agama yang membawa ketenangan dan cahaya. sacara keseluruhan hidup mereka dah berubah. mereka tekad. masuk kelas agama, baca al quran..

tapi Islam sendiri. masih berasa selamat kerana tahu mereka akan mati dalam keadaan Muslim. kira selamat sangat dah la tu. sampaikan tak kisah tentang ilmu agama, tak apa cukup sekadar ilmu yang aku ada sekarang.. kelas agama pun tak nak pergi. betapa angkuhnya diri sendiri..

No comments:

Post a Comment