Tuesday, 24 November 2015

Islam tak complicated

Assalamualaikum, 

aku copy article ni daripada blogger yang aku jumpa. terima kasih daun keladi :) aku harap aku tak berdosa sebab copy hasil dia HAHAHA.. benda baik elok share, lagipun untuk renungan diri sendiri.
.


Bukan Islam melihat agama Islam adalah agama yang susah, banyak pantang larang, ini tak boleh itu tak boleh, ini dosa itu dosa, ini masuk neraka itu masuk neraka, islam memang agama susah sedangkan agama lain mudah je. Bahkan Muslim sendiri merasa islam adalah agama yang susah.
1. Islam nampak susah kerana adat
Sebetulnya kalau kita lihat islam daripada sumbernya yang asal iaitu Quran dan Hadith (Ajaran Nabi Muhammad) maka Islam adalah agama yang paling mudah berbanding agama lain. Bukan Islam kelihatan susah kerana Islam telah dicampur-aduk dengan budaya tempatan, contohnya kebiasaan kita lihat kalau orang Islam kahwin maka perbelanjaan yang dikeluarkan lelaki sangat tinggi, lelaki memberi hantaran yang tinggi kepada perempuan. Hantaran yang tinggi adalah menyusahkan bagi lelaki, kemudian lelaki kena bayar pakaian pengantin lagi belum lagi kenduri kendara maka kahwin itu sangat susah.

Bahkan kadang lelaki terpaksa buat pinjaman atau loan kerajaan semata-mata hanya untuk kahwin, terpaksa berhutang sampai melahirkan tiga anak baru habis langsaikan hutang. Adakah ini ajaran islam? Kalau kita lihat ajaran islam yang sebenar maka islam adalah mudah dalam hal perkahwinan, lelaki hanya memberikan mahar dan majelis kahwin. Mahar kahwin tak perlu mahal-mahal yang penting barang yang mempunyai nilai dan pihak perempuan bersetuju. Manakala majelis pula hanya majlis makan-makan biasa sebab majelis itu hanya untuk mengistiharkan kepada saudara mara atau jiran bahawa mereka telah berkahwin supaya tak timbul isu atau fitnah kalau orang lain nampak mereka tinggal bersama.

Sebetulnya perkahwinan dalam islam sangat mudah, persiapan untuk melayari rumah tangga dari segi pengetahuan dan panduan mendidik isteri dan anak adalah yang utama bukan majelis kahwin atau bulan madu.


2. Islam agama yang Mudah
Kalau kita rujuk kepada Quran maka Islam adalah agama yang mudah seperti disebutkan dalam ayat-ayat berikut:

... Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur (Al-Baqarah 2;185).

Kadang kala kita nampak sesuatu itu sangat susah tetapi sebetulnya benda itu mudah tetapi sebab kita tak biasa maka benda itu jadi susah. Islam juga melarang benda-benda yang menyeronokkan dan membawa kelalaian seperti minum arab, sex bebas dan lainnya maka nampak Islam agama yang susah kerana terdapat pantang larang. Padahal hanya sedikit pantang larang itupun untuk kebaikan manusia, setiap larangan membawa kebaikanAllah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita sebagai ciptaan-Nya.

Analogi supaya mudah digahami, Honda telah melancarkan penjualan kereta Honda Nano terbaru, teknologi yang dipakai sangat canggih dan tidak ada maklumat yang tahu kecuali perekanya. Jadi pereka kereta Honda Nano telah membuat manual dengan mengatakan kereta Honda Nano tidak boleh menggunakan petrol biasa tapi harus pakai Primax 3, disebabkan pengguna telah biasa pakai petrol biasa maka digunakan petrol biasa. Tiba-tiba kereta Honda Nano tak dapat hidupkan mesinnya. Jadi siapa yang salah? Pereka Honda atau pengguna yang tak mengikut panduan yang diberikan?
Sebab apa?

sebab pereka Honda Nano tersebut lebih tahu seluk beluk rekaannya berbanding pengguna. Macam tu juga, Allah larang dan suruh sesuatu untuk kebaikan manusia sungguhpun kita nampak susah tapi ada kebaikan disebaiknya. Sila rujuk ayat di bawah:


3. Allah tahu apa yang tidak diketahu manusia
... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (Al-Baqarah 2;216)

Analogi, Anda mempunyai seorang anak lelaki berumur 3 tahun, tiba-tiba disebelah rumah anda berlaku kebakaran. Bagi seorang budak melihat api suatu keindahan, dia minta main api. Sebagai seorang Ayah yang bijak, adakah anda membenarkan dia main api? Pasti anda tidak benarkan dia main api sebab anda tahu akibatnya tapi bagi budak berumur 3 tahun, sungguh seronok kalau dapat main api. Bestnya..... Sekarang zaman demokrasi, anak anda minta bantu dengan jiran untuk menulis protes...SEKARANG ZAMAN DEMOKRASI, AYAH TAK BOLEH MELARANG SAYA MAIN API... ITU HAK SAYA..Adakah anda benarkan?

Sebagai seorang ayah yang bijak, pasti anda tidak benarkan dia bermain api bukan? Begitu juga dalam Islam ada sedikit pantang larang adalah untuk kebaikan manusia, manusia tidak tahu Allah lebih tahu. Memang dalam Islam ada sedikit pantang larang, sebagai contoh Islam haramkan minum arak tapi berjuta minuman lain boleh diminum, begitu juga dengan pengharaman babi. Cuba lihat berapa juta jenis makanan lain yang boleh dimakan selain babi itupun atas sebab untuk kebaikan manusia (Sila rujuk Tajuk KENAPA ISLAM HARAMKAN BABI?). Sebetulnya pantang larang atau undang-undang tersebut untuk memudahkan manusia dalam mentadbir dunia.

Analogi, Tepat jam 5 petang Najib istiharkan bermula sekarang semua lampu isyarat di KL dihentikan dan pemandu boleh memandu sesuka hati. Cuba fikirkan, apa yang akan berlaku di KL? Kalau sebelum ini balek dari KL ke Kajang ambil masa 45 minit maka hari itu ambil masa sampai 6 jam sebab banyak kes langgar dan jem yang begitu panjang sebab semua pemandu mahu cepat dan jalan dulu sehingga kereka terlanggar dan sesak. Makanya undang-undang jalan raya adalah untuk memudahkan pengguna jalan bukan menyusahkan pengguna jalan raya. Sama juga dengan Islam, sedikit pantang larang atau undang-undang dalam Islam untuk memudahkan manusia menjalani hidup ini sehingga bahagia dunia dan akahirat.

4. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Ia mendapat pahala daripada kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa daripada kejahatan yang dikerjakannya. Mereka berdo`a: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir" (Al-Baqarah 2;286)

Daripada ayat di atas kita dapat melihat bahawa Allah hanya menetapkan atau menguji kita berdasarkan kemampuan kita untuk menerimanya. Kalau Allah tetapkan suatu undang-undang maka kita sanggup mengamalkannya selagi kita mahu mengamalkannya.

Bahkan Nabi Muhammad juga berpesan dalam Haditnya yang dilaporkan dalam Sahih Bukhari dalam Buku 1 Chapter 11 ayat 9;


Permudahkan jangan susah-susahkan, beri berita gembira dan jangan takut-takutkan (Sahih Bukhari 1;11;9)

Ayat di atas menunjukkan bahawa Agama islam adalah agama yang mudah, kadang kala muslim itu yang membuat agama menjadi susah seperti saya sebutkan di atas tadi.


Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah (An-Nisa' 4;28).

Firman Allah:
Allah menghendaki kamu mendapatkan kemudahan, dan ia tidak menhendaki kamu menanggung kesusahan (Al-Baqarah 2;185)

Firman Allah :

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan, tetapi ia hendak mensucikan kamu dan sempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur (Al-Maidah: 6)


Allah memberi kemudian kepada kita sebab kita adalah lemah seperti termaktub dalam ayat di bawah


Orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang umi yang namanya tertulis dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya iaitu AlQuran, mereka itulah orang-orang yang beruntung (Al-A'raf 7;157).


Allag berfirman:

Allah hendak menringankan beban hukum-Nya daripada kamu, kerana manusia dijadikan dalam keadaan lemah (al-Nisa': 28)
....Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. Ikutilah agama Ibrahim. Allah telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan begitu pula dalam Al Qur'an ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong (Al-Hajj 22;78).

No comments:

Post a Comment