Thursday, 22 October 2015

kita pelupa.

Assalamualaikum gaish,

hidup tak selalu ups tak down down. mesti ada ups and down. ada sesetengah yang kita buat, berjaya. ada sesetengah kita buat, hancur lebur. kadang kadang dikecewakan. kadang kadang kecewa dengan diri sendiri. ada masa semua yang kita minta, dapat. ada masa apa yang kita minta, tak tertunai.

as a teen,
memberontak,
bebal,
nak itu ini,
biasa.

pernah tak tersedar yang Allah perhati je setiap apa yang kita buat even buang plastik coklat tepi pokok bonzai ?
*
pernah tak terfikir semua yang kita miliki sekarang ni semuanya dengan keizinan Allah even dapat girlfriend dan boyfriend baru ?
*
pernah tak terfikir yang bila Allah kata A maka itu lah takdir kita ?

dengan kuasa Allah usik hati kita sikit je, sehari kita rasa tak tenteram, resah tanpa sebab, semua benda tak kena.

 ***

entah. aku cuma rasa yang kita selalu lupa tentang Allah. lupa yang kita diwujudkan di dunia cuma untuk mengumpul amalan dan bukan kebahagiaan. lupa tentang takdir Allah. kita lupa yang sebenarnya daya yang kita ada sekarang ni daya yang Allah pinjamkan.

kita pelupa.

Surah Al-Hadid , ayat 20 :

''ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam menambah kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam tanamannya mengkagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah serta keredaanNya. dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu ''


No comments:

Post a Comment