Saturday, 19 September 2015

Stewardess jemput naik FireFly

Assalamualaikum,
Hi uols.
Alhamdulillah, akhirnya aku sampai  jugak home sweet home.
Best rasanya bila bangun, breakfast dah siap .
Pas tu dinner pon takyah sibuk masak. Jadi anak raja sebentar.
Hiks!
Lari dari Klang.
Jerebu.
Stress PT3.
Back to village view. Tengok pantai, kampung, tak jam. Fhew. Walaupun hakikatnya, aku masih suka duduk Kedah. Tapi Kelantan pon tak kurang gak. Pantai bersepah sepah.
Tenang hokay.
Oh, related dengan tajuk atas yang agak annoying tuh haha.. semalam baru balik sekolah, aku terus kemas kemas barang yang kita dah maklum bila pompuan kemas barang, satu almari pon tak cukup. Rasa nak bawak bilik. Tp aku steady jeww, barang yang tertinggal tu lantak la. Aku bawak mana yang aku sempat grab ja.
Pas tu berangkai rangkai lak dengan kakak abang aku nak bersiap. Alamatnya lambat la kami sampai airport.
Sampai sana, dengan nak solat lagi, aku pulak gedik nak selfie sana sini, rimas pulak bila aku kenangkan sikap aku yang annoying ni. Pas tu nak makan semua. Hmm. Spoil.
So, Kami pon masuk la dalam. Slumber Kami duduk cam permaisuri bersenang lenang, buat slow motion konon. Tiba tiba datang stewardess tanya " flight kota baharu ke ? Haa, kami semua tengah tunggu puan"
NAH !! Bapak la wei lambat dah!
Mencicit aku lari hahaha. Tak cukup tanah rasa. Hilang rasa ciwi naik flight. Dah la bawak beg maha berat, entah batu ke hapa kakak aku boh. ( cet padahal buku aku pon dah 3 kilo ).
Cartoon betul.

No comments:

Post a Comment