Wednesday, 19 August 2015

Gementar

Assalamualaikum,

Minggu depan aku dah start trial pt3. Sungguh, aku semakin curious dengan masa depan aku. Ahh! Aku dah usaha yang terbaik walaupun kehidupan aku tak stabil. Aku cuma berharap aku berjaya! Aku harap nasib menyebelahi aku, sebab aku pon bukan lah pandai dan genius.

I dream big.
I have a big plan.
I have one mission.
It is you.

*tak pasal pasal.

Sementara tunggu trial , mari kita berbicara. :p

Ehemm.. masa on the way balik sekolah tadi, aku bermonolog sendiri. Aku perhati apa sahaja yang lalu depan aku. Aku tersedar, kalau kita nikmati kehidupan, setiap helaian daun yang gugur dari pokok pun akan terasa indah dan tenang. Sedangkan, daun yang gugur tu bukanlah sesuatu yang baik. Maksud aku, daun yang gugur tuh semestinya daun yang dah tak diperlukan, yang dah kering, tak cantik. Tapi bila kita hayati kehidupan, semua tu akan nampak berharga.

Aku dapat satu mesej kat sini, kalau kita betul betul hayati kehidupan kita, hargainya.. masalah datang berhubung-gulung pun kita masih menghargai kehidupan.

Dalam konteks yang lain pula.

Bila kita ada masalah, pasti kita akan tengok kehidupan orang lain kan ? Kadang kadang memuji, kadang kadang membenci. Semuanya sebab cemburu.

Bila kehidupan kita terumbang ambing, tambah pulak kita nampak kawan kita tu beli set barbie baru. Kita akan cemburu kan ?

· Kenapa tak aku yang dapat barbie ni.
· Kenapa kehidupan aku tak macam dia.
· Life dia begitu indah untuk dinikmati.

Cemburu tak salah*mengikut terma dan syarat* dan cemburu tu ada dua aspek.

Pertama cemburu yang membawa kepada kebaikan.

Kedua cemburu yang membawa KEJAHANAMAN.

dua dua jenis itu bergantung pada keadaan lah.

Macam aku, dah sedia maklum. Aku belajar idop sendiri. Aku takut nangis sendiri. Jadi confirm lah, bila aku nampak satu kehidupan rakan aku yang perfect. Aku akan cemburu. Aku pon pernah tertanya kenapa aku pilih jalan yang membawa kesusahan kat aku ?'dan kenapa aku tak lahir dalam keluarga yang kaya ?

Tapi aku dapat jawapan yang kalau aku kaya raya raya sekalipun, aku tetap juga akan ada masalah. Macam mana sekalipun keadaan kehidupan aku, aku tetap akan tempuh masalah. Tak boleh lari.

Jadi bila aku tengok life mereka. Aku cakap.. yah, mereka pon akan ada bahagian mereka sendiri. Cuma cepat atau lambat. Faham tak ?

Maksud aku.
Sekarang mungkin kawan aku bahagia, tapi dia juga tak dapat elak ujian yang Allah akan bagi. Cuma cepat atau lambat tu bergantung pada masa dengan situasi dia.

Allah letakkan aku dalam banyak keadaan yang buatkan aku tersepit. Hampir semua ujian yang Allah bagi kat aku tu , aku kena pilih salah satu jalan penyelesaian maut. Sama ada A atau B , dua dua perlu pengorbanan.

Tapi aku fikir, yah mungkin ini bahagian aku, dah sampai masa untuk aku diuji. Tapi jangan risau dan jangan cemburu sebab orang yang bahagia hari ini tak semestinya akan bahagia esok. Dan lusa tak semestinya dia tak bahagia pula.

Entah. Tapi statement macam ni buatkan hati aku rasa okay sikit. So aku tak lah nak salahkan takdir.

:) ingat semua perkara positif untuk dapatkan hati yang relax.

1 comment: