Thursday, 30 July 2015

aku pun tahu gembira ;D hiks

Assalamualaikum hiiiiiii :D

akhirnya aku ada jugak benda yang menarik nak tulis kan hahahahah... aku rasa siapa yang baca apa yang aku tulis sebelum ni,  korang mesti stress kan. huahaha well. life must have ups and down. baru rare !!

aku ni tak lah kaya mana. so, aku tak pernah pegi travel jauh jauh even dalam malaysia pun -_- lagipun aku pemalas nak travel, nanti mesti tak selesa, tak ada bantal peluk, makan benda tah apa apa, aku dah la memilih bab makan, so tak ada rasa nak berjalan pun.

KECUALI TEMPAT ADA SNOW waaaa..

walaupun aku pemalas, tapi aku suka tengok tempat tempat menarik. haa, macam mana pulak.. ok la ok aku simplekan. aku dulu malas nak travel sebab tak selesaa,, tapi sebab sekarang pemikiran aku lebih terbuka, jadi aku dah mula suka travel. semata mata nak tengok tempat tempat menarik.

##


hmm.. bab ni  aku malas nak cerita.. tapi takpe, takbaik kedekut...

aku ada seorang penpal, Anna. dah lama, since awal tahun ni, so, aku ni paling baik dengan dia lah compared dengan yang lain, agak sombong. dia pun excited sembang dengan aku hiks.

disebabkan aku tak boleh travel. jadi aku amik alternatif cari penpal dari negara yang aku nak pegi. so tak lah kempunan. tak semua orang asing sku suka berkawan, tapi basically aku suka dengan mat salleh. bukan sebab putih but entah, aku interested nak explore macam mana mat salleh idop. betul ke dorang tak mandi seminggu ?

jadi tadi aku sembang sembang dengan dia kat laman sosial. sebelum ni through email sebab nampak classic even aku tahu surat menyurat lebih classic. tapi gila lah nak pakai surat. gamaknya setahun sekali aku dapat sembang dengan dia haihh.

so,Anna ni asyik hantar gambar nature kat sana. aku pun hapa lagi, ko buat aku jeles yaaa.... mentang mentang negara ko sejuk ehhh... aku cakaplah please amik aku pegi tempat dia..

katanya, gila! unless dia antar surat kat aku boleh la.

THAT'S THE KEY!

pukul 1 pagi tu message dengan dia. dari mengantuk jadi tak ngantuk terus.. hahaha..

aku planned a lot of thins nak hantar kat dia macam sambal belacan, jeruk, rojak, pekasam, ikan masin, budu... ohmaipaddini!

hahaha.. macam dia makan. entah entah baru bau pun dah muntah hijau..

so aku tak tahu nak bagi dia apaaaa.....

okay that's all.. syukur ada jugak secebis kebahagiaan dalam blog ni kan hahhahah...


1 comment:

  1. Can i ask something? anda mesti ada bantai busuk sendiri kan? Ok soalan mcm lucu -.-

    ReplyDelete