Wednesday, 17 June 2015

1 Ramadhan vs PT3

Assalamualaikum,

pertama sekali, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia. wahhh sangat kan! masa passed by macam jet je kan kan. aku masih tak sedar diri yang aku nak amik exam hoho lagi beberapa bulan. (masih tak sedar............baju raya dah siap 4 helai padahal aku balik raya 3 hari -_-)

sofa so good...aku dah berpuasa kat sini almost 2 kali=2 tahun. menu sahur yang paling sedap ialah ayam masak kicap,
daging massak kicap,
ikan masak kicap.
 hahahaahah..... pagi pagi buta, tekak aku cuma boleh terima kicap sahaja. memang tak lah, nak masak gulai pagi pagi. aku bukan mak mak yang ready nak masak 10 hidangan sekali gus.

entah apa la mak aku masak sahur kat sana eh.. mesti sedap lagi dari apa yang kami makan kat sini sobs sobs

selain daripada itu, hari ni jugak aku dapat soalan untuk pentaksiran geografi. hahhahahaha (gelak cover) habis kembang semua nerves nerves aku. simple soalan dia, tapi nervous aku mmg lost control.

tak tahu pulak apa faktor utama aku terlalu nervous ni, tapi yang aku tahu aku ada matlamat yang wajib aku tunaikan sejak aku darjah 6 lagi. so aku tak nak benda ni sia sia dan result aku  disia siakan oleh MRSM lagi T.T


No comments:

Post a Comment