Wednesday, 29 April 2015

Apa lah mak aku.. Haha

(22April 15)
Assalamualaikum ,
Masa aku balik pukul 5 tadi , langit dah gelap. Itu tandanya hujan mau turun. Jadi, aku settle down perkara perkara yang tak siap lagi dan bergegas balik sebab aku balik sorang, kalau aku lambat sikit je hujan lebat dah membasahi bumi,  naya lah aku T.T nak kena meratapi nasib tengah hujan sambil nyanyi lagu Sudirman.
Normal kan. Bila jalan seorang diri, fikiran suka merawang ke planet marikh. Fikir , balik ni nak buat apa etc.
Tiba tiba aku teringat satu kejadian yang mana hampir tenggelam dalam memori aku. Aku terfikir , kenapa selama ni aku tak pernah catat dalam diary ataupun dalam blog ? Aku menyesal sebab tak take note semua benda yang remeh..
                      ####
Kejadian tu berlaku pada tahun lepas,2014.
Aku sekolah sesi petang, jadi masa tu memang musim hujan yang membawa package ribut, kilat, mendung, angin kuat etc. Minggu tu aku seronok gila dan selalu tak sabar nak balik rumah sebab mak aku dah seminggu datang rumah aku. : D setiap hari balik sekolah, TARAAAA !! Banyak gila lauk sedap sedap . melantak kemain  hahaha
Banyak aktiviti berharga aku buat dengan mak aku contohnya makan kerepek depan tv sambil berbual tentang kehidupan aku. Kacau mak aku masak dan tanya sejarah keturunan kami walaupun dah tahu melalui nenek aku. Bercerita sepanjang panjangnya... Dan banyak lagi.
Jadi hari itu hujan lebat sangat sebaik sahaja budak budak keluar pukul 6.41p.m. .. Aku pun tunggu lah kat bus stop sambil rancak sembang tak ingat dunia dengan kawan kawan aku . Lama jugak la aku tunggu hujan reda. Dalam 15 minit . Dah puas gelak bahak bahak , aku pun nak balik lah . Penat galas beg . Hujan pun dah reda sikit tapi angin masih kuat.
Dah say bye bye semua aku start redah hujan. Tiba tiba aku berhenti .
"Ehh , macam kenal mak cik  tuu " dua tiga kali aku pandang. Ya ? Bukan ?
MAK AKU LA WEI ..
Rasa serba salah sangat . Dah la aku buang masa punya la lama , nak tunggu sampai hujan reda. Sungguh! aku lupa yang mak aku memang ada kat rumah T.T
Aku tak jauh dari bus stop dan mak aku tengah tunggu kat gate sebelah ( kuarters ) . Mak aku tengah pegang payung sambil tahan angin daripada tolak payung tu. Dan mata dia tengah cari aku . Ya Allah , aku macam nak nangis sebab tak sangka mak aku sanggup turun amik aku. Jauh kut jarak dari rumah aku. Nak kena turun tangga lagi. Aduh....
Aku pun cepat cepat lari macam itik sambil pegang beg dengan buku. Mak aku senyum je .. ohmypaddini !
Aku tanya la mak aku, kenapa susah susah amik aku. Dia cakap, takut nanti adik takut guruh kalau jalan sorang sorang :') aku pun tanya lagi, kenapa tak duduk bawah pondok guard. Dia jawab, nanti adik tak nampak. Padahal memang aku tak sedar langsung kut. Anak hai anak. Kami pun jalan tengah hujan hahahaha part ni sangat drama cliche sebab kami main tolak payung . Aku tolak payung supaya lebih kat dia. Dia tolak balik Hahah. Payung kecik do.
Aku rasa safe.
Ok. Dah habis drama semua tuh. Dia sediakan makanan kat aku sambil bebel aku tak bawak payung p sekolah . Apa class bawak payung Hahahah macam gadis melayu sangat .
##

Sorry sebab adik hampir lupa peristiwa ni :) confirm adik akan ingat .. 

No comments:

Post a Comment