Saturday, 3 January 2015

Need to upgrade our mind .

Assalamualaikum world .

Aku rasa masih sempat untuk aku ucapkan Happy New Year ! I wish , tahun ini aku lebih menjadi manusia pada dasar dan agama ( ayat cliche ) . Menjadi manusia kebanggaan ibu bapa dan negara , Ehem . Dan InsyaAllah aku akan tunaikan janji aku 2tahun lepas dengan jayanya .

Tahun baru bagi aku . Semuanya perlu diperbaharui. Baru lah namanya ' BARU ' . Macam aku cakap suatu ketika dahulu , kalau aku kaya , alas kaki pun aku nak tukar setiap tahun mengikut kriteria dan ciri ciri yang ditetapkan.  Tapi.. Disebabkan aku tunggu anak raja tak sampai sampai . Jadi , aku pakai je lah alas kaki awal tahun lepas yang sudah dicuci menggunakan Softlan perisa rose .

Sebab tahun baru ni macam bermula nya catatan dalam buku yang baru dan masih putih suci . Walaupun memang kalau dikira logiknya , tahun baru ke tahun tengah ke tahun paling hujung ke , bila manusia nak berubah tetap boleh berubah .

Dan kita tak nampak pun yang tahun baru tu ada gerbang dimana kita yang berada di kawasan 2014 , bila selangkah melepasi gerbang yang cantik bertulis 'HAPPY NEW YEAR ' , automatik dunia berubah menjadi 2015 yang kat kawasan tu ada butterfly , ada bukit bukau , ada jambatan untuk menuju ke istana Prince Charming aku ^^ . kat situ dah disediakan hamba hamba yang berbaris untuk jemput aku sambil tabur bunga rafelsia kat aku . Hee ~ dalam tu ada swimming pool dan bawah kolam tu adalah istana prince charming aku . Imaginasi nya begini , ada satu swimming pool Dan di tengah tengah tu ada pemisah kaca dan ada tangga yang boleh turun ke istana bawah tanah . Hiks ! Gempak beb .

Tapi secara saintifik nya , tahun baru hanyalah perubahan masa dan satu ayat yang bertujuan untuk menyuntik semangat semua orang supaya menanam azam untuk berjaya . Jadi lebih bersemangat lah kiranya .

Rutin tetap sama . Hari ini 31 Dis 2014 kau makan , mandi , tidur.  Bangun keesokkannya 1 January 2015 kau tetap kena mandi , masih bersarapan dan perlukan tidur yang cukup . Jadi apa bezanya ?

Bezanya , semangat itu lain .

Hmm . Aku pernah impikan hidup yang sempurna . Bangun pagi , breakfast dah tersedia tepi meja , baju dah iron untuk keluar shopping , air suam dah isi dalam bathtub . Dan aku akan ke shopping mall naik Dimora Natalia SLS 2 . Aku jalan kat taman ada bodyguard pegang beg aku , payungkan aku , bawak semua maggie , lolipop , sneak , choki choki , mamee  , supering .

Tapi aku rasa tak perlu kut semua tuh . sangat tak bebas untuk bergerak . I'm satisfied with who I am . Cuma kita perlu otak yang telah diservis dan diletakkan minyak pelincir Shell .

Macam biasa . Dunia berubah , adat berubah , tempat berubah , manusia berubah . And also .. pemikiran perlu berubah .

Bercakap tentang pentingnya otak . Aku pernah jumpa someone yang kurang cerdik tapi mampu mencapai tahap jutawan . Siapa nak bantah sekarang ? 

Selain daripada kuasa Allah S.W.T  , berfikir adalah salah satu jalan untuk berjaya .

Orang yang digelar pandai ini tak semestinya yang hanya pandai dalam akademik.  Tapi pandai ni kadang kadang diklasifikasikan sebagai pandai berfikir .

Contohnya someone tadi . Dia berjaya bukan sebab dia pandai ( aku cakap tadi sebab dia tak tergolong dalam golongan yang bijak ) tapi sebab dia berfikir . Macam mana nak keluar daripada kepompong kehidupan dia sekarang ? Apa yang perlu dia buat untuk cari makan ? Think ! Sebab itu yang akan keluarkan dia daripada kehidupan yang mana sekarang dia rasa dah tak ada apa apa sebab dia tak bijak . Well , nenek moyang atau mak ayah kita selalu cakap , tak pandai belajar , tak akan kemana . Ya betul itu.  Tapi ni kes lain makcik .

Dan sebab dia berfikir lah dia jumpa satu cabang yang akan bahagiakan dia . Walaupun dia tak pandai , tapi dia berfikir untuk berjaya . 

Contoh lainnya pula , someone yang bijak . Tapi keadaan akan jadi sama dengan yang tak bijak tadi kalau dia tak berfikir.  Macam mana nak kekalkan kebijaksanaan dia . Macam mana nak survive masa . Macam mana nak balance aktiviti dia . Dia tetap akan jatuh .

Pemikiran . Perlu di upgrade .

Pemikiran 2014  tak boleh sama dengan 2015 sebab semakin meningkat tahun , semakin matang seseorang itu.

No comments:

Post a Comment