Tuesday, 21 October 2014

When people behave like shit to others

*kilat kan pisau *  , sama ada kau ni kurang kasih sayang ke .... orang dah bagi kasih sayang tapi kau tak faham bahasa ke ... atau memang tak pernah tahu kasih sayang tu hapa .. which one dear ?

Segelintir manusia macam ni la yang selau rosakkan semua benda . Straightforward , semua events atau perkara yang melibatkan dia . 100% mesti lingkup. Mungkin dia ada aura ... aura apo pun den dok tahu .. sama ada mulut dia , hati dia atau both ..

Aku takde niat nak point kat sapa sapa . Mungkin juga tk de kena mengena dengan aku.. just my opinion tentang manusia spesis macam ni .

Manusia yang spesis macam ni boleh juga dicampak ke dalam golongan yang UNIK . Ada kelebihan yang orang lain tak ada . Umphhh, very unique !

Iya.

Aku faham . Kita tak sempurna . Tak semua kita nak ,kita akan dapat . But , try terima apa yang dah tertulis oleh Allah untuk kita. Let it go . Tak kisah la sesusah mana pun nak lepaskan , asalkan kita try .

I wonder.  For those yang suka sakit kan hati orang ni ....

Are you happy w all of this ? Suka ke tengok orang sakit hati ? Dengan cara tu kau rasa kau happy ? Kau nak cakap yang "hey aku tak dapat ,dia pun tak boleh dapat la nyah ! " ... But , apa kau dapat atas semua ni ?  Tak dapat apa apa lah Weh .. buang masa , baik pergi baca novel . At least dapat la gak kebahagiaan walaupun sementara . Better baca Al quran ... tenangkan sikit hati tu , biar Allah buangkan rasa yang tah apa apa dalam hati kau ...

Macam mana kau boleh jalani kehidupan atas kesengsaraan orang lain ? How how ? Bayangkan kau dah bunuh semua orang yang kau tak suka ... Dan after dat , kau boleh pergi jogging hari hari dengan riang ria bersama ribena dengan lapang hati.. for sure lepas ni kau boring punya . Yo le , takda sesiapa nak bergaduh . Pastu kau menyesal dan exactly kau pun turut MERANA .... hmmm, kesian ..

Kejam kan . Happy atas kesengsaraan orang lain .. sampai masa benda tu 'pap' kena kat kau . Tahu le langit tu tinggi ke rendah . Memang kau down sangat sangat lahai .

Aku pernah usulkan pendapat aku pada Jihan ( berbangga lah kau , haha) .. satu situation yang paling dekat dengan kita and I'm pretty sure dat semua orang even nenek aku pun pernah lalui ni .

Situation 1

Bila orang tu datang kat kita slow slow bagaikan harimau nak terakam rusa ... pastu dia tanya

"Hey my swittie friend .. *sambil Gosok bahu .. berapa markah kau ? " Dengan penuh lenggok dan gaya dia bertanya . Sebab dia tahu markah dia paling tinggi dalam kelas . Well 100 kan.

"Hmm, tah le . Aku dapat 15/100 je . Tak tahu kat mana salahku .. " sipi sipi lagi nak nangis ni ha .

" Hmm itu la . Tapi kan aku rasa kau memang bodoh la sebab kita kan belajar sesama dari pagi sampai la pagi besok .. Tapi aku dapat je 100 . Tkpe , banyakkan bersabar " hamek kau . Kalau kena kat aku memang aku menangis tepi telinga dia atau aku sumbat meja dalam mulut membatak dia tu je . Dalam  Selimut ada duri ye .

But bila once kena kat diri sendiri .. menangis takdak arah cek oi .. habis semua nak sembur , cakap tuh cakap ni ... hey uolls , salah sapa sekarang ?  
Sapa yang jawab exam paper kau ? Kawan kawan kau ? Pastu kalau ceritanya kau jawab exam pakai toyol ?  Nak marahkan toyol sebab buat bagi salah jawapan sampai kau dapat -5/100 dalam exam? .. itu boleh pakai lagi. . Tapi kalau dah awak sendiri yang jawab paper awak tuh ... Nak marah orang buat apo yang ? Marah la diri kau. Suppose to be kau pergi depan cermin . Kau soal diri kau kenapa kau bodoh sangat , tak alert jawab soalan . Ni tak . Nak hentam orang . Ecehh, Ajet Ajet puas hati lettew .. her her her

Banyak lagi situations aku nak tulis.  Tapi kemalasan aku dah mencapai tahap badak bunting berendam .. nanti le aku sambung merapu lagi.

No comments:

Post a Comment