Saturday, 25 October 2014

Two different types of people nowadays

Dalam  beberapa minggu ni aku ada terlibat in a few accidents . Haha , accidents sangat ! --' . No actually beberapa kejadian yang akan menjadi ingatan aku selamanya supaya jadi tegas in whatever situation .

So....

Dua hari lepas aku pergi hospital . Dan aku breakfast kat sana sbb tak dan nak makan kat rumah . Since makanan kat sana sedap and affordable.... Selalunya aku amik bubur nasi dengan ikan bilis goreng , kicap dan bla bla bla yang seangkatan dengannya tuh . Tapi hari tuh aku terdetik nak tukar selera . Aku order soto kat bangla tuh ..

Me: soto satu ...

Lepas tu dia terus amik mangkuk dan bubuh nasi himpit .

Aku pun menjerit lah dalam hati ' Weh mangkuk .. Aku nak soto bihun lah  .. '

Pastu aku cakap le kat dia "soto bihun lah " dia dongak tengok aku Pastu  terus amik so'un goreng dia letak dua genggam .. dia bagi aku . Im just looked at sup .

Telinga aku dah berasap macam kereta api tahun 1886  .. panas je muka aku ..

' Bengong lah bangla ni . Nak bagi aku makan hapa ni . Kecik besar kecik besar je aku tengok kau . ' aku tengok mangkuk dan muka dia silih berganti . Dia buat muka ayam je . Cam tak bersalah lak . Haih ,.. Aku tarik nafas pepanjang sampai tk de oksigen boleh tarik dah . Aku hembus perlahan lahan .......

"Saya nak soto bihun ... bukan nasi himpit dengan so'un " dia nampak sebenarnya aku tengah bebal tahap nak cabut kepala dia . Tapi dia buat tak faham . Dok ape , dok ape ...

Dia cakap "in....ini lah soto " perlahan je dia cakap . Pastu dia pergi kat tray bihun  . Dia tarik bihun panjang panjang , pastu gaul  , mukanya pandang aku macam budak setahun mintak lollipop. Apa motif kau ? --'

Ada kakak tu datang dan tanya kenapa . Dia cakap dia nak soto dan pot pet pot pet .. Aku rasa sengal otak ja berdiri nengok muka dia lelama . Aku blah ..

Bila aku pandang belakang dia duk mengadu kat kakak tu sampai muncung mulut mulut . Ehh aku ikat mulut dia dengan tape nanti ha .. mengadu hapa entah sampai mulut panjang 3 meter .

Bila aku nak makan soto tu . Semua kembang . EXPAND ! Tk de sup  and the bihun be like ulat ulat kembung . Errrr, ni bukan sup namanya , macam sampah . Sup pun dah hilang tah ke mana . Tapi aku makan gak le walaupun muka aku dah macam gorila merajuk dengan girlfriend dia . Series aku bebal gila dengan bangla tu . Erghhhw!

The second story lak ..

Aku Kat shopping mall beli barang . Dah nak bayar dah . Depan aku ada cina lelaki tengah main tab sambil peluk fail . Aku tengok barang dia banyak je kat meja tu siap sayur tiga empat plastik sampaikan aku nak letak barang pun tak boleh .. Tapi dia relax je main tab .

Tengah nak jalan ke depan tuh . Kakak aku terlanggar benda dan terjatuh , i was behind my sister . Time aku nak tolong kakak aku , dia dulu dah duduk kutip barang tu .. tab dia dia kepit kat ketiak .. sekali tengok cam hindustan . Hehe . Lepas tu mata aku terjatuh kat minyak dengan stick sebelah kaki dia kat lantai .. pelik .. kenapa dia tak letak sekali dengan sayur ...

Lepas tu , aku usha je dia . Angkat plastik plastik tu ke depan .. Angkat barang barang bla bla bla tuh ke depan nak scan ...

Dah habis semua . Aku tengok cashier tu bagi baki kat cina depan tu . Baru hati aku nak cakap ... Dia angkat minyak dengan stick dia naik atas ..

Berbunga bunga mata aku bila teringat dia tolong angkatkan barang untuk orang lain . Humble gila lah . Aku salute dia ! Aku rasa dia mybe bos or something sebab dia pegang tab and files yang ada plan plan tuh . Entah la . But kalau betul dia bos .. Aku bangga gila le jadi rakyat malaysia .sbb ada masyarakat cam ni . Hahaha, cam besar sangat je jasa dia .

Siap dia bayar semua .. Aku tolak le troli ke depan .. Tapi dia tengah halang . Aku tunggu je lah .

Agak pelik sebab dia taknak cashier tu masukkan minyak dia dalam plastik . Dia suruh lekat tape je .

Lepas tu dia sedar aku tunggu , lantas dia keluar nak bagi aku lalu . Ah , so nice .
Aku lalu sambil tersenyum .. pastu aku cakap terima kasih .

Okay ..

So ..

Aku just nak cakap kat sini yang . Everyday .. Ada yang memerhati . Ada yang judge dalam diam .. Apa yang kita buat kadang kadang boleh mendatangkan marah orang and sometimes boleh buat orang bahagia . Walaupun ia takde kaitan dengan orang tersebut .

Apa pun yang kita buat . Dengan niat y betul . Jangan buat perkara yang mendatangkan fitnah .

Apa yang kita tolong orang . Walaupun sikit jasanya , bagi mrk terlau banyak sebab dah tolong . For sure semua pernah rasa cam ni . Speechless bila orang tolong buang sampah atas kepala...

Aku dulu . Bonet kereta tak tutup and kita orng dah nak kuar parking . Tetiba ada orang ketuk tingkap and tunjuk bonet . At first aku takut gak sbb mybe perompak ke hapa . But dia tolong tutupkan bonet . So nice .. sampai sekarang aku ingat ok .

Berbanding dengan bangla tu . Banyak sangat perbezaan ...

Note to myself jugak .

No comments:

Post a Comment