Sunday, 5 October 2014

Hari Raya Aidil Adha

bergema takbir di pagi raya . menyambut aidil adha . bulan mulia . uuuuuuuuuu..... bersyukur pada yang esa .. (tak ingat dah )


jadi , ketika aku sedang menulis ini , takbir sedang berkumandang dari merata rata tempat di seluruh daerah Klang .selepas aku menutup buku di pagi yang hening tadi , aku berjalan menuju ke jendela untuk menikmati keindahan pagi . dari atas , kelihatan hanya beberapa kereta yang tinggal dan termasuk kereta aku . woii ! mana p semua manusia ? balik kampung kah ? serius lengang ..hanya takbir dan siulan burung yang kedengaran . saya terasa di hati . sambil menyedapkan hati , aku kembali membuka buku .. acah acah  nak baca le .kemudian sekali lagi aku menghampiri jendela apabila takbir semakin kuat kedengaran ..

 Allahhuakbar Allahuakbar Allahuakbar .... lailahailallahuallahuakbar ..

dari hujung jalan ada satu keluarga menaiki motor , ayah anak dan ibunya . pakai pakaian raya . *aku tengok kat tee shirt aku pakai * . slow pulak motor ni bergerak , nak bagi aku usha lelama ke  macam mana ni ? aku masih melihat .... pada waktu itu , aku tak fikir apa apa . erti kata di sini adalah , takda la aku nak fikir kenapa nasib aku sebegini kenapa itu kenapa ini . pelik kan ? aku tenang . cuma terpalit rasa sebak kat dada . mak ayah aku tak raya dengan aku . 

(ni bukan rumah aku pun .)

takkan ada bersalam salaman . main bunga api keliling rumah . buat ketupat sama sama . tukar langsir sama sama . apa lagi ? hmmm , ya basuh panggan . pergi sembahyang raya . everything la yang selalu kita buat time raya . aku tak dapat untuk raya kali ni .


by the way , ini first time aku beraya while mak ayah aku jauh nun kat sana . aku try biasakan diri  . well , hidup takde cabaran apa makna kan ? it's like corak kain batik lar . aku nak bagi kain batik aku bercorak cantik cantik . 



(again sorry ciplak gambar .. google bagi . lagipun gambar ni buat aku teringat kembali nostalgia .. ehhhh , dafi ! har har )

sekarang baru aku faham macam mana perasaan menjadi anak perantauan . haha , lol .


oh ya . satu aku nak share . tentang FAKE . 

bagi aku fake penting . sebab , takkan lah dalam semua perkara nak jujur right ? but berpada pada lah . sometimes kita perlu react like we're strong and can stand in whatever situation . sebab kita adalah popeye !! yay !  sama ada sebab kita taknak meraih simpati daripada orang dengan mereka cerita hidup kita macam kisah yang paling sedih la kat dunia . atau kita tak nak orang fikir kita lemah . macam sama je dua tu . haha , biar le .


yang menjadi masalah kalau terlalu jujur ni , kadang kadang boleh memburukkan keadaan woi ! habis semua nak dijaja nak cerita . pastu apa tinggal ? 


at the end of the story : aku excited sbb pada umur 14 aku boleh raya without my parents .. gila tak sedih ? nak meraung tau tak bila dgr takbir but aku tahu ni takdir aku . hidup je lah . 



No comments:

Post a Comment