Saturday, 21 June 2014

A7

Assalamualaikum ..

dah lama gamaknya aku tak mengarang ni . lately ni selalu sibuk . sibuk rehat , ntah apa yang aku buat sampai penat ni . tapi , ketibaan aku kali ni , hendak membuka rahsia yang lama terbuku di hati aku . aku rasa aku tak pernah cerita lagi kan .

tak, memang aku nak cerita . tapi , bila mengenangkan diri aku yang tak cukup ilmu pasal tuttt ni .. baik aku stop dreaming .. 

'everybody say hai to aeroplane !! ' 

senanya , aku ni minat sesangat dengan audi .. you know audi ? yaa, audi ? 

al kisahnya .. aku pun tak sedar bila aku minat kereta bagai ni .. selalu la kan , time kecik kecik dulu , kalau orang tanya aku suka kereta apa ,.

''Ferarri !!''

padahal ... ferarri pun aku tak penah tengok depan mata .. stakat gambar dalam surat khabar ... majalah dan kereta mainan ... macam orang bodoh je cakap suka ferarri .. haha , itu dulu lah .

tapi , lepas aku dah matang sikit ni . boleh fikir waras . aku tukar la selera aku .. aku dah tak minat kereta yang mahal mahal macam nak bagi aku terjun dalam loji ni .. minat minat , tapi belum tentu aku boleh beli dah kalau harga pun 1.5billion ..  aku suka lah , minat lah kat audi pulak .. 

sebab !

you know what . bagi aku la , cam bila aku tengok audi kan (especially .. A7 ..) hati aku rasa cam kena panah dengan anak panah .. cam kena current bila tengok mata dy , yaaa, i mean mata dy .. lampu dy ..




ko nampak tak ni ? subahanallah .. ish , susah hati aku bila dy jeling aku .. sexy auu ! 

nak cakap sal enjin enjin ni , aku belum belajar lagi , on the way . tapi , over all dy punya design aku dah faham .. al maklum la , tak sampai setahun lagi aku minat kereta ni .. 




heh ! tak baik anak dara nganga .. tak pasal pasal masuk lebah dalam mulut nanti .. tutup.. tutup balik mulut ekou ..

ni, sebab ke dua .. dan sebab utama jugak lah .. bagi aku kan, audi ni ada aura tersendiri . ahaks! tak tahu la kalau orang lain tengok .. cam biasa je , cam keta moyang dorang dulu .. tapi, kalau aku .. aku sanggup buat rumah pondok  tapi ada audi . haha , awesome what .. hari hari aku bawak orang kampung pusing pusing naik keta aku ..  

tapi , belum pernah lagi la aku try naik audi ni .. one day insya Allah . kalau letak kereta yang ada lapan pintu depan aku pun .. audi yang empat pintu jugak aku akan pilih .. 

Audi A7 3.0 Quattro HD Wallpaper

berdasarkan apa yang aku perhati .. 7 series ni , semua belakang cam ni . bongkok ni yang sexy ! haha , 

some information here..


''Audi A7 Sportback menampilkan rekaan bumbung di bahagian belakang lebih rendah bagi memberikan pandangan visual lebih sporty seperti saingannya dari jenama BMW dan Mercedes Benz. Dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan baru-baru ini, A7 Sportback ditawarkan pada harga RM599,000.00 OTR tanpa insuran.
Menurut maklumat di dalam brochure, A7 Sportback dijana enjin petrol V6 bersesaran 3.0 liter TFSI dengan hamburan kuasa 300bhp dan 440Nm tork maksimum, serta dipadankan dengan sistem transmisi twin clutch S tronic 7-kelajuan dan sistem pacuan semua roda Quattro. Mengkagumkan apabila kereta sebesar A7 Sportback mampu memecut dari 0-100km/j dalam tempoh hanya 5.6 saat, manakala pecutan puncak 250 km/j setelah dihadkan secara elektronik. Tahap penggunaan bahan api pada kadar 8.2 liter/100km dan pengeluaran emisi sebanyak 190g/km.
Di bahagian luaran, ia diperkemaskan lagi dengan penggunaan lampu utama jenis xenon dan lampu LED nyalaan siang hari, serta lampu belakang juga jenis LED. Bahagian dalam menampilkan kusyen kulit Valcona yang selesa. Gear knob dan roda stereng turut dibalut kulit lengkap dengan paddle shifter untuk corak pemanduan lebih agresif dan sporty, selain dilengkapi sistem cruise control. Sistem kawalan Audi Drive Select pula membolehkan pemandu menukar gaya pemanduan yang diinginkan antara mode Auto, Comfort, Dynamic dan Effi ciency. ''




one day at a time .... 

No comments:

Post a Comment